Laman Rasmi DXN | Satu Dunia Satu Pasaran

Tanggungjawab Sosial Korporat dan Persekitaran

PRIHATIN x DXN di DXN Petaling Jaya

Selamat pagi Keluarga DXN,

DXN dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin X DXN) sekali lagi menjalankan tanggungjawabnya bagi membanu mereka yang memerlukan. Prihatin dan komited dalam memastikan kesejahteraan keluarga DXN yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini, DXN telah mengadakan sebuah majlis bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas. Majlis tersebut telah diadakan di DXN cawangan PJ.

Gambar

PRIHATIN DAN DXN PERUNTUKKAN RM1.56 JUTA RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR

KUALA LUMPUR, 22 Januari 2022 – Seramai 500 mangsa banjir dari Jalan Tiong Nam dan sekitar Kuala Lumpur telah menerima manfaat daripada Program Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), DXN Holdings Berhad dengan sokongan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA). Program yang berlangsung di Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur ini telah disempurnakan oleh Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN). Pihak PRIHATIN x DXN telah memberi mesin basuh, peti ais, periuk nasi, kipas angin, tilam, keperluan makanan asas dan pakaian kepada mangsa banjir.

Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN merupakan satu inisiatif oleh NGO dan organisasi korporat dalam menunjukkan keprihatinan mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan banjir besar melanda negara barubaru ini. Program ini dilaksanakan bagi menyahut seruan kerajaan dalam mendepani cabaran bersama- sama dan hidup sebagai ‘Keluarga Malaysia’ yang membantu antara satu sama lain.

Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin Ghazali berkata, “Saya merasa amat dukacita dan terkesan melihat nasib masyarakat kita yang dilanda bencana banjir yang menyebabkan kerosakan harta benda, kehilangan tempat tinggal dan juga kehilangan ahli keluarga. Bencana banjir yang melanda kita pada tahun ini amat luar biasa walaupun ia berlaku hampir setiap tahun. Saya berharap badan-badan organisasi turut sama menyumbangkan bantuan kepada mereka bagi meringankan beban yang dihadapi khususnya mangsa-mangsa banjir. Justeru, Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN ini diharap mampu meringankan beban kepada mereka yang terkesan dan sedikit sebanyak mampu mengurangkan sedikit kesengsaraan kepada penerima-penerima ini.”

“Saya melihat keprihatinan Datuk Lim, Pengerusi Eksekutif dan Pengasas DXN dalam menyalurkan dana kepada PRIHATIN ini wajar dicontohi oleh setiap organisasi korporat mahupun agensi kerajaan bagi menyuntik dana kewangan kepada pertubuhan atau yayasan yang berteraskan kebajikan kerana secara tidak langsung akan menjadi pendorong kepada mereka menjalankan gerak kerja dengan lebih pantas dan turut menjadi pemangkin semangat kepada penerima yang terkesan dengan banjir ini.” ,ujar beliau lagi.

PRIHATIN melihat hasil hubungan strategik dengan DXN ini akan terus diperkasa melalui program - program yang dirancang bersama sepanjang tahun ini.

Gambar


Video

Majlis Pengumpulan Dana oleh MCA untuk Hospital UTAR

DXN sekali lagi menyumbang dalam kempen khidmat masyarakat yang bakal memberi faedah kepada generasi akan datang. DXN telah menyumbang sebanyak RM1,000,000.00 melalui yayasan PRIHATIN-DXN. Majlis pengumpulan dana untuk pembinaan Hospital UTAR telah dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan UTAR. Majlis berkenaan diadakan di UTAR, Kampus Kampar, pada 21 Januari 2022.

Gambar


Video

Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS)

Penekanan telah dilakukan bagi perkara yang berkaitan dengan keperluan syarikat untuk mempunyai polisi yang mematuhi Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS). Ini adalah untuk memastikan :

  • Pemeliharaan alam sekitar
  • Pembuangan sisa buangan dan sisa toksik
  • Memaksimumkan sumber dan produktiviti
  • Mengurangkan aktiviti yang akan mengakibatkan kerosakan sumber dan tidak dapat dinikmati oleh generasi akan datang

DXN telah menggunapakai Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS), yang merupakan proses dan amalan yang membolehkan DXN untuk mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar dan meningkatkan kecekapan operasinya. ISO 14001 adalah standard yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa yang telah menetapkan keperluan untuk sesebuah sistem pengurusan alam sekitar, yang membantu sesebuah organisasi dalam memperbaiki prestasi mereka terhadap alam sekitar melalui penggunaan sumber yang lebih cekap dan pengurangan sisa buangan. Oleh itu, dengan perlaksanaan ISO 14001 oleh DXN, ianya telah dipastikan bahawa polisi dan amalan yang dilaksanakan oleh DXN adalah bertepatan dengan Tanggungjawab Sosial Alam Sekitar.


Pengurusan Sisa Buangan

Sebarang proses pembuatan akan menyebabkan terhasilnya sisa buangan. Ianya tidak dapat dielakkan, oleh itu, cara pengurusan sisa buangan yang sempurna adalah perlu bagi memastikan tiada kesan buruk atau kemudaratan kepada alam sekitar.

Air yang dihasilkan sewaktu proses pembuatan dijalankan mungkin merbahaya kepada alam sekitar atau kesihatan manusia. Oleh itu, DXN telah mempraktikkan pengurusan air sisa buangan yang menepati ISO 14001 dan EMS. Air sisa buangan dirawat dan diuji bagi memastikan ianya tidak merbahaya sebelum dilepaskan.

Karung yang telah digunakan, selepas penuaian Ganoderma, akan dihantar ke pusat pengumpulan biojisim untuk dikitar semula sebagai baja biologi atau lain-lain kegunaan sementara bahan-bahan lain yang tidak dapat dikitar semula akan dihantar ke Majlis Perbandaran bagi tujuan pembuangan.


Pengurusan Pembuangan dan Pencemaran

Tiada bahan kimia yang digunakan dalam proses penanaman Ganoderma memandangkan DXN telah memperolehi Pensijilan MyOrganic dari Jabatan Pertanian, Malaysia dan juga Pensijilan Organik Eropah. Sifar penggunaan bahan kimia adalah wajib dan merupakan keperluan mandatori yang telah ditetapkan.

Salah satu dari keperluan ISO 14001 ialah pengurangan penghasilan CO2, yang merupakan gas rumah hijau. Di DXN, untuk setiap proses yang menglibatkan pelepasan udara, ianya telah dipastikan untuk berada di bawah tahap yang dibenarkan seperti yang telah ditetapkan oleh Akta Alam Sekitar. Prosedur untuk pengawalan dan langkah-langkah pelepasan tenaga, seperti bunyi dan asap, telah mematuhi syarat dan peraturan yang telah digariskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Di DXN, tidak timbul isu mengenai pencemaran tanah memandangkan penanaman Ganoderma dilakukan di dalam beg, dan tidak ditanam di atas tanah.

Sistem Pengurusan Kualiti

DXN telah mengambil langkah-langkah bagi memastikan operasi perniagaannya sentiasa seiring dengan peruntukan etika perniagaan seperti Akta Jualan Langsung Malaysia 1993 dan juga Tatakelakuan Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM). Kualiti dan keselamatan produk adalah faktor terpenting dalam membina keyakinan terhadap jenama dan memastikan kepuasan pengguna.

Bagi memastikan keberkesanan sistem kawalan kualiti kami dan juga amalan pengurusan kualiti yang baik, kilang kami telah beroperasi dengan mematuhi piawaian kawalan kebersihan yang tinggi. Syarikat juga telah diiktiraf dengan sijil Sistem Pengurusan Kualiti seperti berikut :

  • ISO 9001 : 2008
  • Therapeutic Goods Administration (TGA)
  • Amalan Pengilangan Baik (GMP)
  • Analisis Hazard Dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP)
  • ISO 14001 : 2004
  • MS ISO/IEC 17025 : 2005 (SAMM).

DXN juga mempunyai pensijilan Skim myOrganic dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia memandangkan DXN telah memenuhi kelayakan bagi Skim Organik Malaysia untuk tanaman. Di samping itu, DXN juga merupakan ahli Water Quality Association, yang merupakan persatuan perdagangan bagi pengedar dan pembuat/pembekal untuk industri rawatan air bagi perumahan, komersial dan industri. Dengan keahlian ini, DXN akan memastikan pematuhan kepada kod etika yang ditetapkan oleh industri.

Bagi memastikan penyelenggaraan yang baik untuk kualiti, langkah yang lebih efisien telah diambil oleh DXN bagi memastikan pewujudan loji air untuk penulenan air. Peralatan yang boleh membantu dalam meningkatkan kualiti juga telah dibeli seperti peralatan untuk menganalisis logam. Dengan menggunakan peralatan ini, ujian terhadap bahan mentah dan hasil akhir dapat dilakukan bagi memastikan produk berada pada kualiti tertinggi. Ini menggambarkan polisi syarikat yang menawarkan produk yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan dan bagi perkara yang berkaitan dengan penyelenggaraan kualiti, segala kemungkinan akan diterokai.

Kepuasan Pelanggan

Syarikat menggalakkan penggunaan makanan tambahan, bukan bertujuan untuk menggantikan rawatan perubatan sedia ada, tetapi untuk menjadi pelengkap kepada rawatan konvensional serta sebagai langkah pencegahan. Bagi memelihara minat pengguna, DXN telah menginsuranskan produknya dengan insurans liabiliti produk yang bernilai RM4 juta yang melindungi penggunanya di serata dunia dari sebarang risiko ketika pengambilan produk. Ini adalah bukti bahawa DXN komited dalam memastikan ianya dipercayai dan diyakini oleh penggunanya di seluruh dunia.

Pengenalan kepada sistem atas talian DXN membolehkan pengguna dan ahli DXN untuk memantau transaksi dan pendapatan mereka. Sistem tempahan atas talian ini juga memudahkan pembelian produk. Pengguna di mana sahaja boleh menempah produk DXN secara atas talian dan ianya akan dihantar ke rumah mereka dalam tempoh masa yang singkat. Sistem ini telah menyumbang kepada kenaikan dalam permintaan bagi produk DXN dan meningkatkan jualan produk bagi pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

Teknologi maklumat juga digunakan secara meluas dalam proses pembuatan. Bagi memastikan kawalan yang cekap di peringkat inventori, syarikat telah menghasilkan satu sistem yang memantau tahap inventori bahan mentah supaya simpanan yang mencukupi selari dengan amalan “Tepat pada Masa” yang diamalkan oleh DXN. Ini dapat mencegah dari pembaziran bahan dan produk dan memastikan kualiti bahan dapat dikekalkan di tahap yang maksimum.

Kepuasan Pekerja

DXN mengakui bahawa pekerja adalah aset terpentingnya. Pekerja DXN diberikan syarat pekerjaan yang adil dan saksama dan juga ditawarkan dengan peluang kepada kemajuan kerjaya berdasarkan prestasi, pengalaman dan kelayakan akademik tanpa mengira bangsa dan jantina. DXN secara berterusan meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan pekerjanya yang dalam masa yang sama dapat meningkatkan kebolehan seseorang individu.

Keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja adalah salah satu dari keutamaan DXN dan tiada kompromi. Latihan berterusan, kaunseling, dan program pencegahan kemalangan industri kerap diadakan bagi memastikan tahap kesedaran yang tinggi terhadap keperluan keselamatan disebarkan kepada semua pekerja di setiap peringkat. Pasukan Kecemasan ditubuhkan bagi membantu proses menyelamat dan memberikan bantuan ketika kecemasan.

DXN juga telah merekrut pelajar dari universiti, kolej dan sekolah teknik sebagai sebahagian dari program latihan amali untuk memberi pengalaman latihan industri dan amali kepada pelajar.

Kakitangan DXN disarankan supaya menjalankan tugas mereka pada kadar yang optimum dan sentiasa berkongsi kebolehan dan bakat mereka demi manfaat kepada syarikat. Perkakas dan perisian yang berkualiti tinggi dibeli apabila diperlukan oleh kakitangan agar dapat memberikan hasil yang maksimum.

Walau bagaimanapun, terdapat juga peruntukan untuk aktiviti rehat dan santai dan juga sebagai penghargaan kepada kakitangan di atas dedikasi dan kerja keras mereka. Kem untuk memupuk semangat berpasukan sering diadakan di resort untuk membina hubungan baik sesama kakitangan serta meningkatkan ilmu. Lawatan syarikat di serata Malaysia, dan ke negara seperti Thailand, juga telah dianjurkan bagi memberi penghargaan kepada kakitangan atas sumbangan mereka.

Januari 2019, sebuah surat berita bulanan untuk kakitangan telah dilancarkan. Dengan surat berita ini, kakitangan akan dibekalkan dengan tips berguna yang dapat membantu mereka dengan kerja dan juga ilmu pengetahuan am. Mereka juga boleh mengetahui mengenai perkara terkini serta perkembangan syarikat.

Ketika sambutan perayaan besar, jamuan tengahari dan makan malam telah diadakan untuk semua kakitangan DXN. Salah satu daripadanya adalah jamuan tengahari bersempena Hari Raya yang bertemakan “Glam Raya” pada 29 Jun 2018, yang dianjurkan untuk kakitangan Ladang dan Kilang DXN. Untuk kakitangan DXN cawangan Alor Setar, sebuah majlis makan malam tahunan, yang bertemakan “Fairytales Magic Comes Alive Tonight” telah diadakan pada 19 Januari 2019. Ketika majlis tersebut berlangsung, kakitangan DXN telah diberi penghargaan atas prestasi dan kesetiaan dengan penyampaian anugerah perkhidmatan lama dan kehadiran terbaik yang telah disampaikan kepada kakitangan yang layak. Hadiah cabutan bertuah yang lumayan juga telah ditawarkan pada majlis tersebut. Pada 22 Februari 2019, DXN telah menghiburkan kakitangan serta pengedarnya dengan menjemput kumpulan persembahan tarian singa untuk membuat persembahan. Mereka kemudiannya dihidangkan dengan hidangan ringan. Acara seperti ini dapat memberi ruang kepada kakitangan untuk berehat seketika di tengah kesibukan berkerja dan juga memberikan sedikit keseronokan kepada mereka.

Tanggungjawab Sosial

Dalam menuju kejayaan, DXN memastikan agar tanggungjawab sosialnya tidak diabaikan. Dalam komitmennya terhadap pembangunan masyarakat, kumpulan sosial dan institusi pendidikan sentiasa dialu-alukan untuk melawat ke ladang dan kilang DXN bagi tujuan pembelajaran dan kajian. Sejak penubuhan DXN, banyak lawatan telah dilakukan ke ladang dan kilang DXN di Bukit Wang, Jitra, Kedah oleh universiti, sekolah dan agensi kerajaan.

Di bawah Program Kecemerlangan Industri Negeri Kedah yang telah dianjurkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, DXN telah diberi kepercayaan untuk menjadi model bagi syarikat industri makanan yang mematuhi kesemua keperluan GMP. Kemudahan DXN yang mematuhi GMP telah dipamerkan sebagai contoh ketika lawatan ke kilang.

Selama beberapa tahun, DXN juga telah menjalankan beberapa program kebajikan melalui penajaan aktiviti DXN Care ke rumah anak yatim dan rumah orang tua, pengiklanan muhibah dan sumbangan secara terus ke organisasi kebajikan seperti International Buddhist College, Thailand, dan lain-lain lagi. Melalui projek Night Blindness DXN di Pakistan, DXN telah membantu memberikan bantuan dan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada kanak-kanak yang menghidapi rabun malam.

Kempen pendermaan yang rancak telah dijalankan ketika terdapat kejadian bencana alam seperti banjir, taufan, gempa bumi dan sebagainya. Salah satu dari contoh kempen pendermaan adalah ketika kejadian gempa bumi di Nepal pada tahun 2015.

DXN mempraktikkan konsep pendermaan One-to-One, dimana DXN juga menyumbangkan jumlah yang sama dengan kutipan derma yang dikumpulkan dari ahli DXN yang akan menggandakan jumlah keseluruhan kutipan tersebut. Ini untuk memastikan usaha yang maksimum telah diambil bagi mengumpulkan dana sebanyak yang mungkin bagi membantu mangsa.

DXN juga mengamalkan sifat rendah diri dalam tanggungjawab sosialnya. Tiada publisiti secara besar-besaran dilakukan seperti liputan oleh pihak media untuk program kebajikannya bagi memberikan pengiktirafan kepada syarikat. Matlamat DXN hanyalah untuk membantu mereka yang sedang memerlukan.

Pada 17 Ogos 2018, DXN telah membuktikan komitmennya terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan mengadakan kempen derma darah di Cawangan Stargate, di Alor Setar, Kedah. Inisiatif tanggungjawab sosial ini telah dianjurkan oleh DXN dan Hospital Jitra, Kedah, dimana anggota perubatannya telah memastikan kempen tersebut dijalankan dengan selamat dan bersih. Staf DXN digalakkan untuk menderma darah semasa kempen ini dijalankan. Secara keseluruhan, sebanyak 40 beg darah telah berjaya dikumpulkan pada akhir kempen terbabit, dan akan digunakan oleh hospital terbabit untuk mengisi stok tabung darah dan juga bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan. Kempen derma darah ini adalah sebahagian dari agenda CSR DXN, dalam mengukuhkan lagi komitment syarikat bagi memberikan kehidupan yang sihat kepada komuniti setempat.


Dengan kejayaan dalam kempen derma darah yang lepas, satu lagi kempen derma darah telah diadakan pada 15 Mac 2019, dengan sokongan dari Hospital Jitra, Kedah, bertempat di DXN Stargate, Alor Setar, Kedah. Acara ini telah diadakan dengan skala yang lebih besar dan dibuka bukan sahaja kepada kakitangan dan ahli DXN, tetapi juga kepada orang awam. Individu dari segenap lapisan masyarakat, kumpulan pengurusan DXN, kakitangan DXN Stargate dan juga dari Ladang dan Kilang DXN di Jitra, Kedah, Pengedar DXN dan orang awam telah hadir untuk menjayakan program ini. Bagi menghargai sokongan mereka yang sudi menderma, sedikit buah tangan berupa produk DXN dan burger percuma dari DXN Cafe telah diberikan kepada para penderma. Sebanyak 52 beg darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen kali ini. Kempen derma darah yang seterusnya dijadualkan pada September 2019.


Krisis Covid-19 di India

Pandemik covid-19 telah memberi kesan kepada seluruh dunia, dari segi kesihatan dan kehidupan. Ianya telah membadai India seperti tsunami pada April 2021, dengan lebih 25 juta kes positif dan 274,000 kematian direkodkan sehingga 17 Mei 2021.

Dalam usaha untuk membantu dan menyokong India dalam mengharungi krisis covid-19, DXN telah menyumbangkan barangan bantuan penting seperti mesin pemekat oksigen dan lain-lain barangan seperti topeng muka, kit PPE, pelindung muka dan lain-lain lagi. Pengasas dan Pengerusi DXN, Datuk Lim Siow Jin telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan sokongan terhadap misi kemanusiaan ini, “Kami amat berterima kasih kepada kerajaan atas sokongan yang padu dalam menjayakan misi ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada Jabatan Kastam dan Jabatan Nodal untuk pengecualian cukai IGST dan telah menyokong aktiviti sumbangan kami.”