DXN Logo

Peluang yang Luas dengan DXN
Satu Dunia Satu Pasaran

DXN diasaskan oleh Dato' Dr. Lim Siow Jin yang merupakan seorang graduan dari sebuah institusi berprestij iaitu Indian Institute of Technology. Beliau sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap spesis cendawan serta hubungkaitnya dengan kesihatan manusia. Minat ini telah mendorong beliau menerokai keajaiban Ganoderma. Penemuan beliau ini telah menjurus kepada penerokaan penuh potensi Ganoderma atau Lingzhi, yang turut dianggap sebagai raja herba, untuk kesihatan dan kekayaan manusia, dengan penubuhan DXN pada 1993.

Kegiatan perniagaan teras DXN termasuk penanaman, pengilangan dan pemasaran makanan kesihatan. Beribu pejabat di Malaysia dengan operasi di seluruh dunia, syarikat ini terkenal dengan perniagaan Ganoderma. Barisan produknya merangkumi siri makanan kesihatan, makanan dan minuman, produk penjagaan diri, produk penjagaan kulit dan kosmetik, produk penjagaan rumah dan siri sistem rawatan air. Sejak dari awal penubuhan pada tahun 1993, DXN berpegang teguh pada konsep "Eka Naga", "Eka Dunia Eka Pasaran" dan "Eka Minda". Dengan konsep yang mantap ini, DXN telah melalui pertumbuhan berterusan selama bertahun-tahun. Pada 30 September 2003, DXN Holdings Berhad telah disenaraikan pada Pasaran Utama Bursa Malaysia. Susulan perlaksanaan tawaran pengambilalihan oleh pengasasnya, DXN secara rasmi dikeluarkan dari Bursa Malaysia pada 27hb Disember 2011.

DXN Holdings Berhad merupakan syarikat pemegang pelaburan dan pengurusan bagi Kumpulan DXN. DXN sentiasa mengutamakan kualiti dan ini telah membolehkan syarikat ini memenangi banyak penghargaan dan pengiktirafan daripada pelbagai organisasi kesihatan dan perniagaan. Selaras dengan dasar mantap dan perkembangan mampan, DXN telah mempelbagaikan aktiviti perniagaannya dengan pesat, yang merangkumi hartanah, teknologi maklumat dan lain-lain. Dalam perniagaan teras, iaitu pemasaran rangkaian, perkembangan DXN yang pesat di pasaran global diakui di peringkat antarabangsa dengan peningkatan ahli di seluruh dunia dan peluasan tapak di lokasi strategik penting. Dengan lebih daripada 7 juta pengedar berdaftar di seluruh dunia, DXN mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dunia dalam produk Ganoderma.

DXN diasaskan oleh Dato' Dr. Lim Siow Jin yang merupakan graduan Indian Institute of Technology. Dato' Dr. Lim sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap spesis cendawan serta hubungkaitnya dengan kesihatan manusia.

Setelah lebih 20 tahun penyelidikan mendalam dan analisis saintifik, Dato' Dr. Lim menemui manfaat khusus Ganoderma atau Lingzhi dan hubungkaitnya dengan kesihatan manusia. Menyedari akan kepentingan dan manfaat kesihatan Lingzhi, Dato' Dr. Lim mula berkongsi pengetahuan beliau tentang keajaiban herba ini bersama-sama kawan dan rakan sekerja yang turut mengutamakan kesihatan yang baik.

Dato' Dr. Lim tidak berhenti begitu sahaja. Beliau merasakan keperluan untuk menubuhkan syarikat yang dapat membantu lebih banyak orang untuk memahami dan menggunakan dengan baik manfaat herba ajaib ini. Pada tahun 1993, impian Dato' Dr Lim telah menjadi kenyataan apabila beliau berjaya menubuhkan DXN di Kedah, Malaysia.


1997 - PhD (Doktor Falsafah) Perubatan Alternatif
oleh Lembaga Perubatan Alternatif India
2001- Anugerah BKM oleh Sultan Kedah
2002- Ijazah Kedoktoran Sains (Perubatan Alternatif)
oleh Lembaga Perubatan Alternatif India
- Anugerah Milenium Persatuan Antarabangsa Pendidikan Kesejahteraan Sedunia sebagai pengiktirafan ke atas komitmen serta kecekalan beliau ke arah kesejahteraan sedunia menerusi perubatan holistik, justeru itu menggalakkan kemajuan masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental.
- Anugerah Albert Schweitzer oleh Yayasan Kehidupan Positif sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan beliau dalam bidang kemanusiaan dan keamanan serta semangat bertimbang rasanya seperti mendiang Albert Schweitzer, penerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1953.
- Anugerah DSM oleh Yang Dipertua Negeri Melaka
- Anugerah Pakar Perubatan Alaf Baru
oleh Institut Penyelidikan Perubatan Alternatif (Kanada)
- Sijil Pelantikan sebagai Profesor Pelawat Kanan (Penyembuhan Semulajadi & Ganoterapi)
Oleh Open International University for Alternative Medicine
- Sijil Keahlian Yayasan Kesihatan, Alam Sekitar dan Keamanan Sedunia
oleh Yayasan Kesihatan, Alam Sekitar dan Keamanan Sedunia
2005- Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK)
Oleh Sultan Kedah, Malaysia
- Mother Teresa International Award 2004
2007- Lencana Emas "Pengurusan Kualiti Global"
Daripada Trade Leaders` Club, Geneva, Switzerland
2010- CEO DXN, Dato' Dr. Lim Siow Jin telah dianugerahkan “Tokoh Pemimpin Perniagaan” dalam penganugerahan “Prominent Business Leaders Award 2010
- Penasihat Kehormat Peace Society Worldwide Dianugerahkan oleh Peace Society Worldwide, organisasi awam bagi keamanan dan keharmonian sedunia, yang berusaha untuk mempromosi dan menerapkan idea-idea dan prinsip-prinsip keamanan dunia seperti harmoni, toleransi, tanpa kekerasan, persefahaman dan kerjasama antarabangsa bersama-sama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pelbagai agensinya.
- Anugerah Khidmat Cemerlang kepada masyarakat
Oleh Peace Society Worldwide atas sumbangan luar biasa beliau kepada masyarakat.
- Anugerah honoris causa Degree of Academic Fellow berpangkat Profesor oleh Academie Scientifique Internationale Vie Univers Nature of Toulouse, Perancis.
- Anugerah Pingat Saintis Cemerlang

Dato' Dr. Lim Siow Jin telah dianugerahi Pingat Saintis Cemerlang Tahunan oleh Perdana Menteri Pakistan Yousuf Raza Gilani (anugerah diterima oleh Pengurus Cawangan Pakistan En. Zarif Ahmed bagi pihak Dato' Dr. Lim Siow Jin).
2012- Anugerah "Tathagat International Excellence Award 2012" di Persidangan Antarabangsa Ke-6 Ayurved dan Sistem Pelengkap Perubatan untuk sumbangannya dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan.

Konsep DXN


Eka Naga Kami menjalankan segala proses, dari penanaman hingga pemasaran.

Eka Dunia Eka Pasaran Para pengedar kami menikmati pelbagai faedah dan bonus antarabangsa dengan satu keahlian.

Eka MindaTumpuan diberikan kepada pencapaian Wawasan Global dan berusaha membantu para pengedar mencapai matlamat ini.


Falsafah DXN


Harga Rendah, Kualiti Tinggi; Profil Rendah, Pendapatan Tinggi

Falsafah kami - mengenakan harga yang rendah bagi kesemua produk kami yang berkualiti tinggi, mempunyai profil yang rendah walaupun para pengedar kami menjana pendapatan yang tinggi, menepati konsep jualan langsung. Sistem ini sesuai untuk sesiapa jua tanpa mengira latar belakangnya. Sistem perniagaan ini membolehkan anda menikmati pencapaian peribadi yang membawa kepada pencapaian kewangan yang lebih teguh. Lebih penting lagi, ramai yang telah mengakui bahawa mereka berasa sihat setelah menggunakan produk kami. Falsafah ini merupakan asas kejayaan kami dalam bidang jualan langsung.


MERAH melambangkan api yang diibaratkan sebagai semangat syarikat yang sentiasa berkobar-kobar untuk maju.


Bentuk bujur berwarna merah mewakili matahari terbit yang melambangkan kesungguhan, ketekadan, ketekunan dan ketabahan dalam mencapai visi dan matlamat DXN.


HIJAU melambangkan pokok yang diibaratkan sebagai perkembangan pasaran syarikat yang semakin berkembang dan maju.


Ranting hijau mewakili Ganoderma melambangkan iltizam serta komitmen tinggi syarikat dalam mencapai kejayaan terulung dengan memfokuskan industri yang berasaskan produk kesihatan.


BIRU melambangkan air mewakili syarikat sebagai asas untuk segala pembangunan yang dilaksanakan dengan penuh bersemangat.


Garisan melintang biru melambangkan syarikat sebagai daya penggerak atau dorongan untuk berkembang dan maju.


  1. 1993

    DXN mula beroperasi di Malaysia dengan konsep "Satu Naga."

  2. 1995

    Melangkah ke era baru dengan terbinanya bangunan ibu pejabat di Kedah, Malaysia.

  3. 1996

    Memasuki pasaran antarabangsa - Mauritius dan Singapura dengan menggunakan konsep "Satu Dunia, Satu Pasaran."

  4. 1997

    Kilang pemprosesan Lingzhi yang pertama di Malaysia menerima sijil pengiktirafan GMP.

    Reputasi terbukti apabila DXN dijemput oleh TV3 untuk memperkenalkan syarikat serta produknya dalam program yang berlangsung selama 30 minit.

    Pengasas DXN, Dr. Lim Siow Jin telah dianugerahkan PhD (Doktor Falsafah) dalam bidang perubatan holistik oleh Lembaga Perubatan Alternatif India. Dengan ini, usaha-usaha gigih DXN dalam penyelidikan dan pembangunan Lingzhi telah diperakui.

    Berjaya menembusi pasaran Hong Kong, Brunei, dan Indonesia.

  5. 1998

    Memulakan operasi di Thailand.

  6. 1999

    Syarikat Jualan Langsung yang pertama di Malaysia menerima sijil pengiktirafan yang amat membanggakan iaitu Pelaksanaan Produk Terapeutik (TGA) daripada Kementerian Kesihatan Australia.

    Kilang pemprosesan Lingzhi yang pertama di Malaysia menerima pengiktirafan ISO 9001.

    Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengunjungi ladang & kilang pemprosesan Lingzhi DXN serta memberi pujian ke atas usaha dan sumbangan syarikat terhadap pemupukan konsep buatan Malaysia.

    Berjaya menembusi pasaran Filipina.

  7. 2000

    - Ladang Lingzhi yang pertama di Malaysia menerima sijil pengiktirafan ISO14001.
    - Bergabung dengan DCN Network Sdn. Bhd. (18 tahun dalam industri Jualan Langsung)
    - Memulakan operasi di Australia, India, New Zealand dan Laos.

  8. 2001

    DXN menjadi salah satu daripada syarikat Jualan Langsung Malaysia yang pertama menerima lesen Jualan Langsung untuk 3 tahun berturut-turut. Ini membuktikan bahawa kestabilan syarikat telah mendapat pengiktirafan daripada pihak berkuasa Malaysia.

    Membina kilang baru untuk menampung permintaan yang semakin meningkat dari dalam dan luar negara. Dengan ini, jumlah pelaburan dalam pembinaan kilang dan ladang telah melebihi RM40 juta.

    Pengasas DXN, Dr Lim Siow Jin telah dianugerahkan pingat BKM oleh Sultan Kedah. Pada masa yang sama, beliau juga mendapat Anugerah Belia Cemerlang daripada Persatuan Belia Cina, Negeri Kedah.

    Mencapai matlamat 2002. Sekarang, DXN telah berjaya menembusi pasaran di 25 buah negara, memperolehi jualan bulanan melebihi RM60 juta dan mempunyai 1.8 juta ahli.

    Berjaya menembusi pasaran Cyprus, Afrika Selatan, Amerika, Taiwan, Switzerland, Dubai, Bangladesh, dan Sri Lanka.

  9. 2002

    Pengasas DXN, Dr. Lim Siow Jin telah dianugerahkan dengan tiga anugerah antarabangsa iaitu Kedoktoran Sains (Perubatan Alternatif), Anugerah Milenium dan Anugerah Albert Schweitzer.

    Selain itu, beliau juga mendapat pingat DSN sempena Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-77.

    Pada bulan Disember pula, Dr. Lim Siow Jin dianugerahkan sebagai Pakar Perubatan Alaf Baru.

  10. 2003

    Berjaya menembusi pasaran Mexico, Kanada, Bahrain, Arab Saudi dan Oman.

    DXN Holdings Bhd. telah berjaya disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 30 September 2003. Ini melambangkan satu lagi mercu tanda pencapaian dalam perkembangan DXN.

    Ditubuhkan pada 1993, DXN telah memasuki tahun yang ke-10. Lebih daripada dua ribu rakan kongsi DXN dari dalam dan luar negara menghadiri Perayaan Ulang Tahun DXN yang ke-10 dan sambutan Aidilfitri yang diadakan pada 6 Disember 2003. Mereka bersama-sama meraikan pencapaian cemerlang DXN selama 10 tahun ini.

    DXN telah menerima liputan meluas daripada media cetak dan elektronik yang menonjolkan kejayaannya dalam sektor korporat tempatan. DXN telah diberikan liputan secara terperinci di dalam rancangan-rancangan TV seperti berikut:
    - TV3 "Majalah 3" (30/05/2003)
    - Astro AEC "Mandarin in News" (29/08/2003)
    - Astro Prima "English News" (11/09/2003)

  11. 2004

    Liputan media yang komprehensif tentang DXN bukan sahaja membuktikan bahawa corak operasi DXN telah diiktiraf, malahan membolehkan orang ramai memahami dengan lebih mendalam akan sistem pengurusan profesional, dasar-dasar serta rekod cemerlang DXN. DXN telah diberikan liputan secara terperinci di dalam rancangan-rancangan TV seperti berikut:
    - TV2 "City Focus" (11/01/2004)
    - TV1 "Agro Jurnal" (09/04/2004)

    DXN berjaya membeli 100% pegangan saham Reach Star Enterprise Sdn. Bhd. dan Reach Star Cash & Carry Sdn. Bhd. pada 6 Februari 2004.

    Menteri Sumber Manusia, Datuk Wira Dr. Fong Chan Onn melawat ke Ladang dan Kilang DXN pada 7 November 2004.

    DXN menyambut Perayaan Ulang Tahun DXN yang ke-11 pada 4 Disember 2004. Lebih daripada dua ribu rakan kongsi DXN telah menghadiri perayaan tersebut.

  12. 2004

    Memulakan operasi di Jordan, Puerto Rico dan Nepal.

  13. 2005

    DXN telah memenangi anugerah "3rd Asia Pacific International Honesty Enterprise - Keris Award 2004". Syarikat dengan kredibiliti yang baik dipilih sebagai pemenang dan dipuji atas visi dan misi, inovasi dan strategi, pengurusan sumber manusia, kecekapan operasi dan produk.

    PT Daxen Indonesia, sebuah subsidiari DXN Holdings Bhd. telah menjadi ahli APSKI (Asosiasi Pengusaha Suplemen Kesehatan Indonesia) secara rasminya pada Januari 2005. Keahlian ini sememangnya telah mengukuhkan lagi kedudukan DXN di arena korporat antarabangsa.

    DXN International Private Limited (Philippines) telah dianugerahkan "2004 Buyer`s Choice Awards - The Most Outstanding Direct Selling Company" oleh "Awards and Recognition Association" dan "BIZ Business Today Magazine", Filipina.

    DXN International Private Limited (Philippines) telah dianugerahkan "2004 Year-Ender Excellence Awardee - The Top Innovative Marketing Company of the Year" oleh "Year-ender Excellence Awards Committee" dan "National Consumer Affairs Foundation", Filipina.

  14. 2005

    Philippines Business Profiles & Perspectives, Inc. (PBPPI) menyenaraikan DXN International Private Limited (Philippines) sebagai salah sebuah syarikat di antara 7 ribu syarikat terbesar di Filipina untuk tahun 2003-2004. Berdasarkan nilai jualan kasar syarikat bagi tahun 2003, DXN International Private Limited (Philippines) berkedudukan ke-812. Sementara itu, dalam senarai 5 ribu syarikat terbesar di Filipina, DXN International Private Limited (Philippines) menduduki tempat ke-768 berdasarkan perolehan jualan kasar syarikat bagi tahun 2003.

    Ketua Eksekutif DXN, Dr. Lim Siow Jin dianugerahkan Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-77.

    DXN telah berjaya mendapat insentif bertaraf perintis selama 10 tahun dalam penanaman dan pemprosesan Spirulina.

  15. 2005

    Memulakan operasi di Qatar, Sudan dan Yaman.

  16. 2006

    Pada 17 Julai 2006, Bahagian Makmal DXN Holdings Bhd. telah dianugerahkan dengan Sijil Pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 atas keupayaan teknikalnya yang memenuhi skop dan operasi sistem pengurusan kualiti makmal yang ditetapkan.

    Dari 26 Oktober 2006 hingga 4 November 2006, DXN Marketing Sdn. Bhd berjaya menganjurkan Insentif Seminar Pelancongan Antarabangsa ke Eropah Barat yang pertama sebagai ganjaran kepada para pengedar DXN yang telah banyak berusaha dalam perniagaan DXN.

  17. 2006

    Memulakan operasi di Kuwait.

  18. 2007

    DXN Solutions Sdn. Bhd., satu syarikat subsidiari DXN Holdings Bhd., telah mengambil setapak langkah ke hadapan: Ia telah diiktiraf oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) sebagai syarikat bertaraf Koridor Raya Multimedia (MSC). Dengan itu, ia layak untuk menikmati sepuluh keistimewaan yang dinyatakan dalam Bil Jaminan MSC.

    DXN Holdings Bhd. telah memenangi anugerah Asia Pacific International Honesty Enterprise yang Kelima- Keris Award 2006, dan menerima anugerah tersebut pada 17 Januari 2007. DXN dipuji atas visi dan misi syarikat, inovasi dan strategi, pengurusan sumber manusia, kecekapan operasi, dan penyelidikan dan teknologi untuk penghasilan produk-produk yang berkualiti.

    Ketua Pengarah Eksekutif DXN, Dato' Dr. Lim Siow Jin bersama Trofi "New Millennium Award" untuk "International Award For Technology And Quality" yang ke-28.

    Encik Arsenio Pardo Rodriguez selaku Presiden Editorial OFICE dan Ketua Setiausaha Trade Leaders´ Club menyampaikan Lencana Emas "Pengurusan Kualiti Global" kepada Ketua Pengarah Eksekutif DXN, Dato' Dr. Lim Siow Jin.

    DXN Kenya telah dilancarkan di Nairobi, Kenya pada 25hb Februari 2007.

    Memulakan operasi di Pakistan.

  19. 2007

    DXN Comfort Tours Sdn. Bhd., cawangan Alor Star yang turut merupakan anak syarikat DXN Holdings Bhd. telah beroperasi secara rasminya mulai 27hb Oktober 2007. Dengan berteraskan konsep "Pilihan Terbaik Anda, Kesempurnaan Terasa", DXN Comfort sedia memberi perkhidmatan yang terbaik dan mesra kepada penduduk setempat.

    Dengan bangganya DXN sekali lagi menganjurkan Insentif Seminar Pelancongan Antarabangsa yang kedua pada 18 November 2007 hingga 23 November 2007. Acara tahunan kali ini telah membawa para pengedar DXN dari seluruh pelusuk dunia yang berkelayakan bersama-sama melayari Lautan Mediterranean menaiki Kapal Costa Serena yang serba mewah.

  20. 2008

    DXN dipilih sebagai “PESERTA PALING CEMERLANG” di Festival Jualan Langsung Pertama (Timur Tengah) yang diadakan di Jumeirah Beach Hotel, Dubai dari 17hb hingga 18hb Mei 2008.

    DXN secara rasminya telah melancarkan stokis utama di Mongolia pada 2 Julai 2008 dengan perlantikan stokis utama yang pertama di Ulaanbaatar.

    Pengarah DXN, Dato' Seri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Amat Dihormati (SHMS) yang membawa gelaran Dato' Seri DiRaja sempena sambutan Jubli Emas Sultan Kedah.

    DXN telah berjaya menubuhkan cawangan baru di Jeddah, Arab Saudi. Cawangan baru tersebut telah dirasmikan oleh Encik Hidayat Abdul Hamed, Konsulat Jeneral Malaysia dan Encik Amran Bin Yem, Pesuruhjaya Perdagangan pada 15 Ogos 2008.

    DXN sekali lagi berjaya menganjurkan Insentif Seminar Pelancongan Antarabangsa ke Geneva, Switzerland sebagai tanda penghargaan kepada para pengedar DXN yang telah banyak berusaha dalam perniagaan DXN.

  21. 2009

    Pengarah Urusan DXN, En. Lim Boon Yee, JP, PJK, dikurniakan Setia DiRaja Kedah (SDK) sempena Hari Keputeraan ke-81 Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah.

    DXN dianugerahkan “Anugerah Jualan Langsung bagi Pengurusan Cemerlang” di Festival Jualan Langsung (Timur Tengah) yang diadakan di Dubai pada April 2009.

    Memulakan operasi di Iraq dan Hungary.

  22. 2010

    Dato' Dr. Lim Siow Jin, CEO DXN Holdings Bhd. dianugerahkan oleh Peace Society Worldwide, organisasi awam bagi keamanan dan keharmonian sedunia, yang berusaha untuk mempromosi dan menerapkan idea-idea dan prinsip-prinsip keamanan dunia seperti harmoni, toleransi, tanpa kekerasan, persefahaman dan kerjasama bersama-sama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pelbagai agensinya.

    Dato' Dr. Lim Siow Jin, CEO DXN Holdings Bhd. dianugerahkan “Anugerah Khidmat Cemerlang” kepada Masyarakat, oleh Peace Society Worldwide atas sumbangan luar biasa beliau kepada masyarakat.

    Dato' Dr. Lim Siow Jin, CEO DXN Holdings Bhd. dianugerahkan “Anugerah honoris causa Degree of Academic Fellow” berpangkat Profesor oleh Academie Scientifique Internationale Vie Univers Nature of Toulouse, Perancis.

    DXN memeulakna operasi di Peru dan Ethiopia.


  23. 2011

    DXN telah dinobatkan sebagai syarikat rangkaian pemasaran yang paling berjaya di UAE dalam Majlis Anugerah Perniagaan Malaysia yang ke-2, anjuran Majlis Perniagaan Malaysia. Anugerah ini telah disampaikan oleh Y.B. Dato' Sri Mustapa Mohamed, selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia, pada 18hb Dis 2011 di Dubai.

    DXN telah dinyahsenaraikan pada 27 Disember 2011 daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia disebabkan tawaran pengambilalihan oleh pengasas.

    Dengan bangganya DXN sekali lagi menganjurkan Insentif Seminar Pelancongan Antarabangsa yang keempat pada 25 November 2011 hingga 28 November 2011. Acara tahunan kali ini telah membawa para pengedar DXN yang berkelayakan melayari Lautan Mediterranean menaiki Kapal Royal Caribbean yang serba mewah.

  24. 2011

    Memulakan operasi di Republik Czech, Greece, Slovakia dan Romania.

  25. 2012

    Memulakan operasi di Bolivia, Bulgaria, Libya dan Nicaragua.

  26. 2013

    DXN Pharmaceutical dianugerahkan "Anugerah Kecemerlangan Industri" oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan bagi tahun 2012.

  27. 2013

    Memulakan operasi di Colombia, Jerman dan Itali.

  28. 2013

    DXN telah menyambut ulang tahunnya yang ke-20 pada 17 November 2013. Majlis sambutan tersebut telah dijalankan dengan gilang gemilang di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Malaysia.

    Lebih dari 1000 pengedar dari seluruh dunia seperti Eropah, Amerika Latin, Afrika dan lain-lain telah menghadiri majlis sambutan tersebut bersama-sama pengedar tempatan dari Asia. Ianya adalah sebuah majlis yang mempertemukan pelbagai budaya, dengan pakaian tradisi yang berwarna-warni yang menjadikan majlis ini lebih istimewa. Buat julung kalinya majlis ini telah mempertemukan kesemua Duta Mahkota DXN dari Asia dan Eropah di atas sebuah pentas yang sama.

  29. 2014

    DXN diiktiraf sebagai syarikat jualan langsung 25 Teratas di seluruh dunia dalam "100 Global DSN: Syarikat Jualan Langsung Terbesar di Dunia" oleh Direct Selling News (DSN), USA.

  30. 2014

    Memulakan operasi di Sepanyol dan Austria.

  31. 2015

    DXN diiktiraf sebagai syarikat jualan langsung 24 Teratas di seluruh dunia dalam "100 Global DSN: Syarikat Jualan Langsung Terbesar di Dunia" oleh Direct Selling News (DSN), USA.

  32. 2015

    Majlis Tandatangan Expo China-Arab 2015
    - DXN merancang untuk melabur 1 billion yuan di Ningxia, China.

    Memulakan operasi di Panama.

  33. 2016

    Memulakan operasi di Ecuador dan Turki.

  34. 2016

    DXN sekali lagi diiktiraf sebagai syarikat jualan langsung 24 teratas di seluruh dunia dalam "100 Global DSN: Syarikat Jualan Langsung Terbesar di Dunia" bagi tahun 2016 oleh Direct Selling News (DSN), Amerika Syarikat.

  35. 2017

    Kerajaan Daerah Dawukou dan DXN Holdings Berhad, Malaysia telah menghadiri satu majlis menandatangani perjanjian Projek Penyelidikan dan Penanaman Spirulina, Lingzhi, Kulat dan Cordyceps DXN di Pusat Konvensyen Bandar Shizuishan

  36. 2017

    Pada 18 April 2017, HSGE Agricultural Technology Co., Ltd. dan DXN Corporation (Ningxia) Co., Ltd., yang merupakan anak syarikat bagi syarikat pengeluar makanan kesihatan tambahan, DXN Holding Bhd di China, telah menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh ketua HSGE, Wang Haiyu dan pengasas DXN Holdings Bhd., Dato' Dr. Lim Siow Jin dengan disaksikan oleh wakil daripada DXN Holdings (Ningxia) Co., Ltd., dan pengurus besar Qingdao Rongsheng Microalgae Biotech Co., Ltd., Su Peng.

  37. 2017

    Persidangan DXN Eropah yang pertama telah diadakan pada 14 Mei 2017 di Millenáris Park, Budapest, Hungary. Ianya telah dihadiri oleh ratusan pengedar DXN bukan sahaja dari Eropah, malah turut disertai oleh pengedar dari Asia, Timur Tengah dan Amerika Latin. Persidangan ini telah diadakan di Hungary serentak dengan sambutan ulang tahun DXN Hungary yang ke-8.

  38. 2017

    DXN telah melancarkan cawangan DXN Cafe yang pertama di DXN Cawangan Stargate, Alor Setar, Kedah pada 1 November 2017. Ianya terletak strategik bersebelahan dengan cawangan DXN, yang berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan.

    DXN Cafe menawarkan minuman yang menyegarkan dan makanan yang enak yang dihidangkan di dalam persekitaran yang elegan dan selesa. Makanan yang disediakan di DXN Cafe adalah hasil gabungan dari pelbagai jenis budaya, Asia dan Barat, dan menawarkan minuman kesihatan yang dibawakan terus dari kilang DXN, tanpa tambahan sebarang jenis bahan pengawet.

    DXN Cafe adalah tempat yang terbaik untuk bersantai dan persekitarannya yang mesra menjadikannya tempat yang amat sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan. Persekitarannya yang menenangkan juga dapat memberikan peluang untuk menjalankan urusan perniagaan, seperti mesyuarat dan perbincangan.

  39. 2017

    Naik dua anak tangga dari senarai bagi tahun 2016, DXN telah diiktiraf sebagai syarikat jualan langsung 22 Teratas di seluruh dunia dalam "100 Global DSN: Syarikat Jualan Langsung Terbesar di Dunia" bagi tahun 2017 oleh Direct Selling News (DSN), USA.

  40. 2018

    Satu Perjanjian Persefahaman antara DXN Holdings Bhd dan Sintok Agro Sdn Bhd dalam membantu perhutanan tani di Kedah dan mempromosikan kursus yang berkaitan dengan herba yang ditawarkan oleh universiti tempatan telah ditandatangani pada 17 Januari 2018.

  41. 2018

    Ulang tahun DXN ke-25 telah diadakan pada 6 Mei 2018 di Sunway Resort Hotel and Spa Ballroom, yang bertemakan “Satu DXN Satu Keluarga”.
    Menepati tema, keluarga DXN dari seluruh dunia telah hadir bagi meraikan pencapaian DXN yang mengagumkan sejak 25 tahun yang lepas, yang dipacukan oleh pertumbuhan pesat perniagaan DXN diseluruh dunia. Salah satu dari pencapaian hebat ahli DXN adalah sebanyak 18 ahli DXN telah berjaya mencapai status Duta Mahkota DXN (CA) dalam tempoh hanya 5 tahun.
    Dengan kata-kata yang memberi inspirasi yang disampaikan oleh Pengasas yang juga CEO DXN, Dato' Dr. Lim Siow Jin, pihak pengurusan DXN, serta Duta Mahkota baharu yang berkongsikan pengalaman menarik mereka sepanjang menuju kejayaan, majlis Ulang Tahun DXN KE-25 sememangnya pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.

    ITSI DXN 2018 Royal Caribbean Cruise, Voyager of the Seas, telah diadakan dari 6 sehingga 11 Mei 2018. Pelayaran ini turut mengunjungi Singapura, Phuket dan Pulau Pinang. ITSI kali ini telah mendapat penyertaan dari keluarga DXN dari setiap benua di dunia seperti Asia, Afrika, Eropah, Amerika Latin dan Timur Tengah. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan slot perkongsian ilmu dengan mesej bermotivasi yang disampaikan oleh Pengasas dan CEO DXN, Dato' Dr. Lim Siow Jin, pihak pengurusan DXN, serta Pemimpin DXN.
    Hubungan persahabatan yang merentas negara, dapat belajar dari satu sama lain dan menikmati waktu-waktu indah bersama, telah menjadikan ITSI 2018, sebuah memori yang amat indah kepada mereka yang telah menghadirinya dan sudah tentu akan dikenang selamanya.

DXN Global Sdn Bhd
Aktiviti Utama : Pelaburan dan perkhidmatan pengurusan

Wisma DXN
No 213 Lebuhraya Sultan Abdul Halim
05400 Alor Star
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel : +604-7723388/6688
Fax : +604-7721188
Website : http://www.dxn2u.com

DXN Marketing Sdn. Bhd.
Syarikat subsidiari DXN Holdings Bhd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama : Penjualan produk kesihatan dan produk lain berdasarkan kaedah jualan langsung

Block C, 8 Suria Boutique Offices,
Jalan PJU 1/42, Dataran Prima,
47301 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel : 00-603-7809 3388
Fax : 00-603-7809 3200
Emel : csu@dxn2u.com
Laman Web : www.dxn2uasia.com

DXN PHARMACEUTICAL SDN. BHD.
Syarikat subsidiari DXN Holdings Bhd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama : Penanaman Ganoderma Lucidum, Spirulina, Cordyceps dan pengilangan produk makanan kesihatan dan produk lain.

Kg. Padang Panjang,
Jalan Bukit Wang,
06000 Jitra Kedah,
Malaysia.
Tel : +604-9161288
Fax : +604-9173610
Emel : ceo_office@dxn2u.com
Laman Web : www.dxn2u.com

DXN INDUSTRIES (M) SDN. BHD.
Syarikat subsidiari DXN Holdings Bhd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama: Penghasilan produk makanan & minuman, produk kosmetik dan produk penjagaan diri.


Kg. Padang Panjang,
Jalan Bukit Wang,
06000 Jitra Kedah,
Malaysia.
Tel : +604-9161288
Fax : +604-9173610
Emel : ceo_office@dxn2u.com
Laman Web : www.dxn2u.com

DXN HERBAL MANUFACTURING (India) PRIVATE LIMITED
Syarikat subsidiari DXN International Private Ltd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama: Pengilangan makanan kesihatan, ubat tradisional serta penghasilan pelbagai produk makanan.
R.S. No. 141/4 & 142/5
Thiruvandar Koil Village
Mannadipet Commune
Pondicherry Union Territory
India.
Tel : +91 413 2640 618
Fax : +91 413 2640 618

PT Daxen(Indonesia)
Syarikat subsidiari DXN International Holding Ltd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama: Industri bahan pembersih, formulasi dan penjualan produk tradisional, kosmetik serta minuman
DXN Holdings Bhd, Laboratory Division
Syarikat subsidiari DXN Holdings Bhd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama : Ujian Makmal Secara Komersil

Alamat Surat-menyurat :
Makmal Wilayah Utara:-
Lot 1109, Mukim Malau, Daerah Kubang Pasu,
06000 Jitra, Kedah Darul Aman
Tel: 04-9161288 Fax: 04-9173610
Emel : hckhoo@dxn2u.com / lab@dxn2u.com / lab2@dxn2u.com / lab3@dxn2u.com / lab4@dxn2u.com


No. 24, Jalan Kelisa Emas,
Taman Kelisa Emas,
13700 Seberang Jaya, Penang
Tel: 04-3841539 Fax: 04-3841537
Emel : hckhoo@dxn2u.com / lab@dxn2u.com / labpng@dxn2u.com / labpng2@dxn2u.com


Orang yang Dihubungi : Mr Khoo Hwa Chuan
Laman Web : www.biosynergy.com.my

China
DXN International Trading (Ningxia) Co., Ltd.

Aktiviti Utama : Biotechnology Research and Development; research and development, production, import and export, sales of health products, food, beverages, craft products, nursing cosmetics; research and development, production, import and export of related products of Chinese medicine raw materials and fruit and vegetable fungi, aquatic products and animal breeding , sales; import and export, sales of household goods, electrical appliances, machinery, medical and health care equipment; investment consulting for the above business projects.


Alamat: No. 11, Zi Qiang Road, Shizuishan High Tech Industry Development Zone, Dawukou District, Shizuishan City, Ningxia, China.
Poskod : 753000
Tel : 0952-3813888
Fax : 0952-3811159
Emel : ceooffice_chn@dexin2u.com
Laman Web : www.dxn2u.com

DXN BIOTECH CONSULTANTS SDN. BHD.
Syarikat subsidiari DXN Holdings Bhd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama: Mengendalikan penyelidikan dan pembangunan serta eksperimen yang berkaitan dengan bioteknologi, bio-kimia serta produk pertanian.

Alamat Surat-menyurat
Wisma DXN
No 213 Lebuhraya Sultan Abdul Halim
05400 Alor Star
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel : +604-7723388/6688
Fax : +604-7721188
Emel : hckhoo@dxn2u.com
Orang yang dihubungi : Mr. Khoo
DXN SOLUTIONS SDN. BHD.
Syarikat subsidiari DXN Holdings Bhd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama : DXN Solutions menawar pelbagai penyelesaian teknologi tinggi yang berasaskan sumber pengkodan open source :

1. Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMS)
2. Sistem ePerdagangan
3. Sistem Gerbang Pembayaran
4. Sistem Jualan melalui Mata Ganjaran (Jualan Langsung/Kafe)
5. Aplikasi Mudah Alih
6. Mereka Bentuk Laman Web Korporat
7. Sistem Aliran Kerja
8. Sistem Pendokumentasian & Pengurusan Maklumat
9. Sistem Keselamatan Kamera Litar Tertutup (CCTV)

Pejabat Jualan Alor Setar

Wisma DXN
No 213 Lebuhraya Sultan Abdul Halim,
05400 Alor Star,
Kedah Darul Aman,
Malaysia.
Tel : +604-7723388/6688
Fax : +604-7721188
Emel : solutions@dxn2u.com

DXN LAND SDN. BHD.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama : Pemaju dan kontraktor perumahan
YIKED-DXN STARGATE SDN. BHD.
Syarikat subsidiari DXN Land Sdn. Bhd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama : Pemaju dan kontraktor perumahan

YIKED-DXN STARGATE SDN. BHD.
99, Lebuhraya Sultan Abdul Halim,
05400 Alor Setar, Kedah.
Tel : 604-7723399
Fax : 604-7711199
RICHMONT SAPPHIRE SDN. BHD.
Syarikat subsidiari DXN Land Sdn. Bhd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama : Pemaju dan kontraktor perumahan

Wisma DXN
No 213 Lebuhraya Sultan Abdul Halim,
05400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel : +604-7723388 / 6688
Faks : +604-7721188

Ganoderma DXN

Gano Bentuk Hati
Gano Bentuk Jantung
Gano Kimshen
Gano Bentuk Otak
Gano Bentuk Merak
Gano Ruyi

Peringkat Pertumbuhan Ganoderma DXN

Pertumbuhan Ganoderma Tanduk Rusa (6 Minggu)
Pertumbuhan peringkat pertengahan (10 Minggu)
Pertumbuhan peringkat pertengahan (12 Minggu)
Peringkat matang (16 Minggu)

Proses Penanaman Organik

Bahan-bahan yang dijadikan media pembiakan organik.
Mengisi media pembiakan organik ke dalam polibeg. Kemudian, polibeg ditutup dengan penutup plastik.
Polibeg dimasukkan ke dalam mesin pengewapan untuk diwapkan.
Mesin pengewapan berteknologi tinggi.
Kaedah menggantung polibeg secara melintang bagi mengelakkan penyerapan bahan-bahan yang tidak diingini.
Memetik Ganoderma yang segar dan berkualiti tinggi.

Teknik Pengeluaran

Penghasilan kapsul menggunakan mesin automatik.
Proses menggilap kapsul untuk memastikan kebersihannya.
Memasukkan kapsul ke dalam botol.
Penutup botol ditutup dengan sempurna.
Melabelkan botol bagi memberikan identiti unik kepada setiap botol untuk memudahkan kawalan produk
Melabelkan tarikh pengeluaran dan tarikh luput produk.
Produk siap untuk dipasarkan.