Kekal Segar, Bertenaga dan Aktif Bersama Yang Tersayang
Satu lagi pembungkusan istimewa – Kit Mengembara Penjagaan Diri DXN! Kit yang mengandungi kelengkapan penjagaan diri untuk keperluan perjalanan anda.
Setiap kit dilengkapi dengan:
- Ganozhi™ Syampu 50ml,
- Ganozhi™ Syampu Mandian 50ml,
- Ganozhi™ Ubat Gigi 40g.
Milikilah kit mudah yang serba lengkap hari ini juga, tanpa was-was.
Bungkusan eksklusif terbaru kini di pasaran dan ianya direka khas dalam saiz yang anggun dan senang dibawa ke mana saja dan amat sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk. Set mewah ini juga amat sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang.
Setiap set mengandungi :
- DXN Ganozhi™ Syampu (100ml/ botol dan 8ml/ sachet);
- DXN Ganozhi™ Syampu Mandian (100ml/botol dan 8ml/sachet);
- DXN Ganozhi™ Ubat Gigi (75g / tiub)
Zhimeko dirumus khas menggunakan ekstrak Ganoderma yang berkualiti dan minyak buah pala. Salap petrolatum ini mampu melegakan dan sakit otot.
Pembungkusan:
- Setiap tiub : 30g
MAL04103429T
Ini adalah iklan produk tradisional.
Krim “Tea Tree” merupakan sejenis krim yang dapat memberikan kelegaan kepada kulit dan menenangkan kulit. Ianya dirumus khas daripada minyak pokok tea tree. Krim “Tea Tree” mempunyai penembusan dan penyerapan yang baik pada kulit anda dengan aromanya yang menyegarkan.
Ianya juga selamat untuk digunakan.
Pembungkusan:
- Setiap tiub : 30g (cream)
MAL05032621T
Digunakan secara tradisional untuk mengurangkan jerawat dan gatal-gatal ringan.
Ini adalah iklan produk tradisional.
Formula khas yang diperkaya dengan ekstrak Ganoderma dan minyak kelapa sawit untuk membersih serta melembapkan kulit agar kulit kelihatan lembut dan licin serta mengekalkan kelembapan asli struktur kulit dalam satu langkah.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Gabungan minyak urut yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti minyak kelapa sawit yang berkualiti tinggi dengan ekstrak Ganoderma. Mulakan pengalaman urutan anda dengan minyak urut Gano untuk keselesaan badan anda sepanjang masa.
Pembungkusan:
- Setiap botol : 75ml
- Setiap botol : 40ml
MAL19992907T
Ini adalah iklan produk tradisional.
Ubat gigi berinovasi yang mengandungi ekstrak Ganoderma berkualiti tinggi, gel makanan, mentol dan perisa makanan. Ia tidak mengandungi 'saccharin' atau pewarna dan berkesan untuk membersihkan gigi serta memberi nafas segar agar menyerlahkan setiap senyuman anda.
Manjakan diri anda dengan syampu mandian yang bersifat lembut dan diperkaya dengan ekstrak Ganoderma dengan buih-buih mandian yang nyaman serta segar agar kulit anda menjadi bersih tanpa merosakkan kelembapan asli kulit anda.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Syampu Ganozhi™ DXN mempunyai imbangan pH yang sesuai untuk semua jenis rambut.
Ia mengandungi ekstrak Ganoderma dan vitamin B5 dan bersifat sederhana yang menjadikan rambut lebih sihat, lebih lembut dan bersinar.
Bedak Talkum DXN membolehkan kulit anda berasa selesa dan lembut sepanjang hari. Wangian khasnya pasti akan memberi keyakinan kepada anda di mana sahaja.
Serlahkanlah daya penarik anda dengan Minyak Wangi Fresh DXN, haruman indah yang kekal sepanjang masa.
Minyak Wangi Fresh DXN kini tampil dengan set lelaki dan wanita.
Syampu Ganozhi™ Plus DXN
Syampu siri baru DXN mempunyai ekstrak Ganoderma, Vitamin B5 serta diperkaya dengan perapi rambut. Syampu Ganozhi™ Plus DXN tiada sebarang pewarna tiruan, SLS, SLES dan bahan Paraben. Ia bersifat pH seimbang yang sesuai untuk semua jenis rambut; serta menjaga rambut anda agar berkilau dan selembut sutera.
Syampu Mandian Ganozhi™ Plus DXN
Syampu mandian siri baru DXN yang diperkaya dengan ekstrak Ganoderma, Vitamin E serta memiliki fungsi pelembap kulit. Syampu Mandian Ganozhi™ Plus DXN tiada sebarang pewarna tiruan, SLS, SLES dan bahan Paraben. Ia mempunyai formulasi yang bersifat lembut sesuai untuk semua jenis kulit agar kulit anda kekal lembap, terhidrat dan berseri.
Ubat Gigi Ganozhi™ Plus DXN
Ubat gigi siri baru DXN bukan saja mengandungi ekstrak Ganoderma tapi juga diperkaya dengan ramuan bermanfaat untuk gigi iaitu XYLITOL. Ubat Gigi Ganozhi™ Plus DXN tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan, SLS, SLES dan bahan Paraben. Ia mampu membersihkan gigi dengan berkesan dan menyegarkan nafas anda dengan perasa pudina.
Berus gigi DXN direka khas dengan pembersih lidah di bahagian belakang kepala berus agar dapat menghapuskan bakteria dan menyegarkan bau nafas anda. Ia mempunyai pemegang yang direka khas supaya mudah untuk dipegang dan dikawal dengan lebih baik serta selesa semasa memberus. Berus gigi DXN direka untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Kedua-dua berus gigi DXN ini mempunyai 4 pilihan warna yang berlainan. Nikmatilah keselesaan memberus gigi bersama keluarga anda dengan menggunakan berus gigi DXN.
Pilihan Warna (Dewasa) :Kini tampil dengan koleksi penjagaan yang merangkumi :
- Gel Pembersih
- Penyegar Hidrat
- Gel Aqua
- Krim Nutricare
- Losyen Tangan dan Badan
- Skrub Muka
- Masker Penghidratan
Siri produk ini dirumus khas dengan pati Aloe Vera dan pati botani semula jadi lain yang berupaya untuk membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit agar kulit anda tampak berseri.
Gel Pembersih DXN Aloe.V
Satu pembersih yang bebas sabun mengandungi pati Aloe Vera.
Mencuci dengan lembut agar kulit lebih segar, licin dan lebih berseri.
Cara Penggunaan :
Picitkan jumlah yang sesuai di tapak tangan, gosokkan pada tangan ditambah dengan sedikit air kemudian sapukan di muka. Urutkan pada muka secara perlahan-lahan, bilas dengan air suam dan keringkan.
Penyegar Hidrat DXN Aloe.V
Satu rumusan segar yang menghidratkan; mengandungi pati Aloe Vera, witch hazel dan asid amino.
Pembersihan berganda di samping menghaluskan liang-liang roma dipermukaan kulit wajah anda. Formula melembap, menyegar dan melembutkan kulit wajah agar menjadikannya lebih lembut dan licin.
Cara Penggunaan :
Selepas mencuci muka, tuangkan sedikit penyegar pada kapas muka dan sapukan secara perlahan-lahan dalam urutan membulat pada wajah kecuali kawasan mata.
Gel "Aqua" DXN Aloe.V
Pelembap istimewa yang mudah diserap, melembapkan kulit dan mengandungi campuran pati Aloe Vera. Menjadikan kulit lebih lembut, licin dan segar.
Cara penggunaan :
Sapukan dengan lembut pada muka dan leher untuk memberi kesan kelembapan yang sempurna. Gunakan pada siang hari selepas menggunakan Gel Pembersih dan Penyegar Hidrat.
Krim "Nutricare" DXN Aloe.V
Krim malam yang diperkaya dengan campuran istimewa pati Aloe Vera dan campuran pati botani, yang bertindak sebagai lapisan pelindung yang berupaya melawan penyahhidratan kulit ketika tidur.
Cara Penggunaan :
Sapukan secara lembut pada muka dan leher untuk memberi kesan kelembapan yang sempurna. Guna pada waktu malam selepas menggunakan Gel Pembersih Aloe.V DXN dan Penyegar Hidrat.
Losyen Tangan dan Badan DXN Aloe.V
Losyen pelembap tidak berminyak yang dirumus khas dengan pati Aloe Vera.
Menghilangkan kekeringan dan melembutkan kulit agar kulit terasa segar.
Memelihara dan melembutkan kulit serta membantu mengekalkan kelembapan semula jadi.
Cara Penggunaan :
Sapukan secara lembut pada kulit selepas mandi. Lebihkan sapuan pada tempat yang lebih memerlukan.
Skrub Muka Aloe.V DXN
Skrub yang memberi pembersihan lembut yang mendalam hingga ke liang roma anda untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang pudar dan tidak bermaya serta kotoran lain, agar kulit anda kelihatan licin, bersih dan segar. Dirumus khas dengan ekstrak Aloe Vera agar kulit anda kekal licin. Pembersihan yang rapi dilakukan agar kulit anda bebas daripada masalah kekeringan serta tidak merosakkan kulit wajah anda. Mengandungi pati minyak zaitun dan Macadamia yang dapat menenangkan kulit anda.
Cara Penggunaan :
Sapukan sedikit skrub di kawasan muka dan leher. Urut perlahan-lahan dalam pergerakan bulat dengan hujung jari kecuali di kawasan mata. Kemudian bilas menggunakan air suam. Cadangan penggunaan ialah sekali atau dua kali seminggu untuk melihat perbezaannya.
Masker Penghidratan Aloe.V DXN
Masker yang dapat mengembalikan kelembapan serta merta kepada kulit yang kering akibat dari kesan cuaca yang panas.
Ekstrak Aloe Vera dan keaslian semula jadi minyak zaitun pula memberi kelembapan dan kesan keselesaan yang terbaik kepada kulit wajah anda.
Mengandungi sodium hyaluronate, umpama magnet di mana ia dapat menarik lembapan secara mendalam kepada sel-sel kulit agar kulit anda kelihatan licin, lembut dan berseri secara semula jadi dengan serta merta.
Cara Penggunaan :
Sapukan pada kulit yang bersih dengan teliti kecuali kawasan mata. Biarkan selama 3 minit, kemudian bilas dengan teliti menggunakan air yang bersih. Cadangan penggunaan dua kali seminggu untuk kulit yang kering atau sekali seminggu untuk kulit normal/berminyak.
Kit Mengembara Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ - Ia adalah satu regimen bersaiz miniatur dan didatangkan dalam bag yang senang dibawa semasa mengembara. Ia adalah satu cara yang bagus untuk memastikan kulit anda sentiasa dijaga dimana jua anda berada. Kit ini mengandungi :
- Pembersih Cecair Muka Ganozhi™ 30ml;
- Penyegar Ganozhi™ 30ml;
- Emulsi Pelembap Mikro Ganozhi™ 15ml.
Mempunyai tekstur yang lembap dan warna yang berkilau.
Terdapat 5 jenis warna yang menarik :
Merupakan satu cara yang mudah untuk kelihatan lebih menarik dan menawan tanpa kelihatan seperti memakai solekan yang berat.
Formula pelembap ini diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, Shea Butter dan Vitamin E untuk memastikan bibir anda sentiasa dalam keadaan selesa. Gincu ini akan membuatkan bibir anda kelihatan licin dan akan memberi kesan yang lebih baik berbanding gincu biasa, agar bibir anda kelihatan bersinar dengan warna yang semula jadi.
Kulit merupakan organ terbesar pada badan kita. Ia berfungsi sebagai benteng pertahanan untuk melindungi badan kita daripada ancaman luar. Kecantikan sebenar kulit bermula dengan badan yang sihat. Untuk memiliki kulit yang sihat dan berseri, kita bukan saja perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang, menjaga kesihatan sistem penghadaman dan keseimbangan paras hormon, malah kita juga mesti bijak untuk memilih produk penjagaan kulit yang sesuai.
Oleh itu, DXN dengan bangganya memperkenalkan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ untuk memenuhi keperluan penjagaan kulit seharian anda. Ia sesuai untuk semua jenis kulit.
Pembersih Muka Cecair Ganozhi™ 150 ml
Pembersih muka ini lembut dan berkesan untuk menyingkirkan kotoran dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Ia mengandungi bahan-bahan semulajadi yang berkualiti premium seperti ekstrak Ganoderma, ekstrak Fagus sylvatica, ragi dan panthenol. Ia mampu membersihkan liang-liang roma dan kulit muka, agar anda memiliki kulit muka yang lebih bersih dan berseri.
Cara Penggunaan :
Picitkan sedikit di atas tapak tangan, campurkan sedikit air dan gosokkan sehingga berbuih. Urut ke seluruh muka kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Cadangan penggunaan adalah pada waktu pagi dan malam, diikuti dengan sapuan Penyegar Ganozhi™ dan Emulsi Pelembap Mikro Ganozhi™ .
Penyegar Ganozhi™ 150 ml
Penyegar yang diformulasi khas untuk menghaluskan liang-liang roma, melembutkan dan mengekalkan kelembapan kulit muka anda. Ia diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi yang berkualiti premium seperti ekstrak Ganoderma, ekstrak Fagus sylvatica, allantoin dan propolis cera. Penyegar Ganozhi™ juga membantu dalam mengimbangkan pH kulit dan membolehkan kulit muka anda bersedia untuk langkah seterusnya iaitu melembapkan kulit muka anda.
Cara Penggunaan :
Selepas mencuci menggunakan Pembersih Muka Ganozhi™, tuangkan sedikit penyegar Ganozhi™ pada kapas muka dan sapu secara perlahan-lahan dalam urutan bulatan pada muka kecuali kawasan mata.
Emulsi Pelembap Mikro Ganozhi™ 50 ml
Emulsi Pelembap Mikro Ganozhi™ merupakan pelembap inovatif yang dirumus khas untuk mengekalkan kelembapan kulit anda dan menjadikan kulit muka anda lebih menawan. Ia diformulasi dengan menggunakan teknologi nano yang terkini untuk menjamin penyerapan yang lebih menyeluruh. Molekulnya yang bersaiz nano mampu menembusi permukaan kulit dengan cepat dan berkesan. Emulsi Pelembap Mikro Ganozhi™ mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak Ganoderma, ekstrak Fagus sylvatica , ekstrak ginseng, ekstrak arnica dan Vitamin E. Ia membantu mengekalkan kelembutan dan kecantikan kulit anda sepanjang hari.
Cara Penggunaan :
Teruskan penggunaan Pembersih Muka Ganozhi™ dan Penyegar Ganozhi™ dengan jumlah yang sesuai ke wajah, urut perlahan-lahan sehingga ia diserap sepenuhnya.
Pelembap kulit selembut sutera yang membantu mengekalkan kelembapan pada kulit bayi. Sentuhan lembut dan melindungi kulit daripada melecet, mengelupas dan kering. Mengekalkan kelembapan kulit bayi supaya lembut dan licin sepanjang hari. Ianya juga sesuai digunakan oleh orang dewasa untuk menanggalkan kesan solekan.
Pembungkusan:
- Setiap botol : 200ml
- Setiap botol : 40ml
Kulit Anda Mampu Memilikinya
Rangkaian Produk Ganozhi™ E DXN kaya dengan Vitamin E dan ekstrak pati botani yang mampu bertindak secara sinergi bagi mencegah, memulih serta melindungi kulit anda daripada masalah penuaan yang berpunca daripada gaya hidup yang sibuk dan persekitaran yang tercemar. Rangkaian produk ini didatangkan sekali dengan Krim Pembersih, Penyegar ´Hydrasoft´, Krim Siang Pelindung UV dan Krim Malam.
Krim Pembersih Ganozhi™ E DXN 120g
Krim pembersih yang lembut dan tidak bersabun ini berkesan untuk menyingkirkan segala kotoran dan sel-sel mati pada permukaan kulit tanpa mengeringkan kulit anda. Ia mengandungi ekstrak buah-buahan semula jadi yang boleh menggalakkan pembaharuan sel kulit, agar kulit anda kelihatan segar dan sihat.
Cara Penggunaan :
Basahkan tapak tangan, muka dan leher. Picitkan krim pembersih pada tangan yang telah dibasahkan dan gosok dengan lembut sehingga berbuih. Urutkan dengan lembut pada kulit. Bilas dengan air dan keringkan.
Penyegar 'Hydrasoft' Ganozhi™ E DXN 120g
Penyegar berasaskan aqua-susu yang berupaya membersih dan mengecilkan liang-liang roma. Penyegar ini mampu menembusi secara mendalam, agar menyegarkan kulit muka anda secara keseluruhan. Ia mengandungi ekstrak buah-buahan seperti bilberi, lemon, oren, tebu dan gula mapel yang berkesan untuk membantu melicinkan kulit anda agar anda kelihatan muda. Ia turut diperkaya dengan agen-agen penghidratan yang mampu melembutkan kulit dan anda pasti teruja dengan keselesaan yang terasa.
Cara Penggunaan :
Selepas membasuh, lembapkan pad kapas dengan penyegar dan sapukan pada seluruh bahagian muka.
Krim Siang Pelindung UV Ganozhi™ E DXN 50g
Pelembap yang pekat dan berkrim ini membantu menghidrat, menegang, mengekalkan kelembapan kulit anda, agar melindungi kulit anda daripada pancaran UV, menjadikan kulit anda lembut dan licin. Krim ini diperkaya dengan Vitamin E dan campuran ekstrak botani, yang mampu menguatkan sistem perlindungan kulit anda, agar kulit anda mampu menentang ancaman radikal bebas serta segala ancaman luar dengan berkesan.
Cara Penggunaan :
Selepas membasuh dan menyegar, sapukan krim secara rata pada bahagian muka dan leher. Sapukan krim dengan kadar yang kerap untuk memastikan perlindungan daripada sinaran matahari yang berpanjangan.
Krim Malam Ganozhi™ E DXN 50g
Pelembap yang pekat dan berkrim ini mampu menyegarkan kulit anda semasa kulit anda menjalani proses pembaharuan sel pada waktu malam. Selepas penggunaan, anda pasti akan terasa kulit anda menjadi lebih lembut dan licin pada keesokan pagi. Ia turut diperkaya dengan ekstrak-ekstrak botani seperti Willowherb Kanada, Fagus sylvatica, Ganoderma lucidum, Ekstrak Yis, Shea Butter, Vitamin E, dan Minyak Biji Bunga Matahari bagi mengukuh serta menguatkan struktur kulit.
Cara Penggunaan :
Selepas membasuh dan menyegar, sapukan krim pada seluruh bahagian muka dan leher dalam urutan secara menaik.
Senyuman anda pasti lebih menawan!
Ubat Gigi Zhicare DXN diformulasikan secara khas menggunakan pudina, stevia, bunga cengkih, Ganoderma, tea tree, kulit kayu manis dan aloe vera. Bahan semula jadi ini membantu membersihkan gigi, menyegarkan nafas dan menggalakkan kesihatan mulut secara keseluruhannya.
DXN Zhi Hand Sanitizer ialah cecair pembasmi kuman yang berasaskan alkohol dengan ekstrak Aloe Vera dan Ganoderma. Ianya tidak perlu dibilas, tidak melekit dan tanpa pewangi. Ia membunuh 99.9% kuman tanpa penggunaan air.
Pelitup muka 3 lapis pakai buang berkualiti tinggi dengan jalur besi lembut yang mudah dibentuk dan gelung telinga dapat membantu pelitup muka untuk padan pada muka si pemakai dengan sempurna. Lapisan tengah yang diperbuat daripada fabrik bukan tenunan “melt blown” mempunyai lebih daripada 95% Kecekapan Penapisan Bakteria (BFE). Dengan penjarakan fizikal dan amalan penjagaan kebersihan yang baik, pemakaian pelitup muka dengan cara yang betul akan memberikan perlindungan yang lebih berkesan untuk menentang bakteria dan virus berbahaya.
Saiz pembungkusan: 50 keping setiap kotak
Sabun Ganozhi Trans DXN dan Sabun Oocha Trans DXN adalah sabun ketul wangi yang masing-masingnya diformulasi dengan Ekstrak Ganoderma dan serbuk daun Camellia sinensis. Sabun ini membuatkan kulit anda kelihatan berseri, lembut dan licin. Ianya berfungsi untuk membersihkan kulit tanpa menyingkirkan minyak semula jadi kulit.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Gunakan Ubat Gigi Oocha DXN untuk senyuman yang lebih ceria dan menawan. Teh Oolong, xylitol dan minyak pudina dapat membantu mengekalkan gigi yang sihat dan juga nafas yang segar. Untuk rutin harian penjagaan gigi yang sempurna, beruslah gigi anda dengan Ubat Gigi Oocha DXN sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Penambahan yang Baik untuk Rutin Penjagaan Kulit Anda
Skrub Betik DXN adalah skrub pengelupasan lembut yang dihasilkan dari ekstrak buah betik, butiran cengkerang kacang walnut, dan lain-lain bahan seperti Ganoderma lucidum yang berfungsi untuk membersihkan kulit dan membuang sel kulit mati, kotoran, minyak dan lain-lain kekotoran, dan membantu melembap dan memelihara kulit; memberikan anda kulit yang halus, lembut dan sihat berseri. Skrub Betik DXN sesuai untuk semua jenis kulit.
Saiz Pembungkusan:
- Setiap tiub: 120g
GEMPYURI DXN
Rahsia Alam untuk Kecantikan Abadi: Gempyuri
Pembersih Wajah Gempyuri DXN
Gunakan pembersih wajah untuk mengurut dengan lembut dan membersihkan kulit anda daripada segala kekotoran.
Penyegar Wajah Gempyuri DXN
Penyegar yang dirumus secara istimewa dapat membersihkan kulit anda dari sisa dan kulit mati dengan lembut. Bahan-bahannya juga dapat melega, menegang dan menyegarkan kulit anda.
Serum Gempyuri DXN
Serum Gempyuri DXN dengan formula ekslusifnya berfungsi secara sinergi bagi memperbaiki keanjalan kulit, dan mengurangkan kedutan dan garis penuaan dari kelihatan, menjadikan kulit anda lembap, lembut dan halus.
Minyak Ampul Gempyuri DXN
Ampul mengandungi minyak argan yang dapat mengekalkan kelembapan kulit dengan penjagaan yang intensif. Gunakan dengan kerap untuk peremajaan kulit secara menyeluruh dan peningkatan pada keanjalan kulit.
Krim Peremajaan Kulit Gempyuri DXN
Gunakan Krim Peremajaan Kulit Gempyuri DXN dengan formula istimewanya untuk menghidrat, mencerah dan menyekatakan tona kulit anda. Ia juga dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan untuk menjadikan kulit anda lebih muda.
Tampilkan keserian kulit wajah anda dengan penuh keyakinan!
Kukuhkan langkah anti-penuaan anda dengan DXN Anti-Aging Face Mask. Masker dalam bentuk serbuk ini dirumus unik dengan bahan mesra kulit seperti serbuk buah Morinda citrifolia, ekstrak cendawan Ganoderma lucidum, serbuk Spirulina platensis dan serbuk biji Kopi Robusta untuk membantu meremajakan dan memberikan nutrisi kepada kulit anda, menjadikannya lebih anjal dan segar. Nikmati pengalaman seperti di spa di rumah anda hanya dengan beberapa langkah mudah untuk kulit yang lebih segar dan tampak lebih muda.
Saiz pembungkusan:
- Setiap botol: 90g
Pengelupasan Lembut, Diinspirasikan oleh Alam Semula Jadi
DXN Ootea Bomsalt Scrub dihasilkan daripada bahan pengelupasan semula jadi dan bahan botani, seperti garam buluh, teh oolong, shea butter, minyak biji bunga matahari, bunga kekwa, akar likuoris, dan banyak lagi yang direka untuk pengelupasan secara mendalam serta memberikan nutrisi kepada kulit anda. Skrub badan ini menyingkirkan sel kulit mati dan kekotoran secara lembut dengan aroma yang menyegarkan, menjadikan kulit anda lebih bertenaga, lembut, dan anjal. Rasai sentuhan alam semula jadi yang lembut dengan DXN Ootea Bomsalt Scrub dan serlahkan keserian semula jadi kulit anda!
Saiz pembungkusan:
- Setiap jar: 250g
DXN Spiru Face Mask tersediadalam bentuk serbuk untuk memastikan anda mendapat pengalaman yang paling segar setiap kali anda menyediakan adunan baharu. Rasai kebaikan semula jadi spirulina dan Ganoderma untuk menampilkan kulit yang tenang dan lembap.
Saiz pembungkusan:
- Setiap botol: 90g
DXN Oolong Tea Mask didatangkan khas dalam dalam bentuk serbuk, membolehkan anda merasai kesegaran masker wajah dalam setiap bancuhan.Nikmati kebaikan semula jadi teh Oolong dan tanah liat untuk kulit yang lebih segar dalam setiap penggunaan.
Saiz pembungkusan:
- Setiap botol: 90g
Gusi Sihat, Senyuman Menawan.
DXN Bomsalt Toothpaste menggabungkan inovasi dan kebaikan herba untuk menyokong kebersihan mulut, menyegarkan nafas, dan membantu mencegah masalah gusi. Ubat gigi premium ini diperkaya dengan bahan utama seperti Garam Buluh dan Ganoderma lucidum, ejen herba semula jadi yang memberikan pengalaman memberus gigi yang luar biasa. Teksturnya yang halus, diperkaya dengan minyak pudina, memberikan rasa pudina yang menyegarkan serta menjadikan mulut terasa bersih dan nafas kekal segar lebih lama.
Saiz Pembungkusan
- Setiap tiub: 150g
Rasai keseimbangan sempurna antara kelembutan dan keanggunan dengan DXN Evelyn Sheer Velvet Matte Lipstick.
Formula unik ini menggabungkan tekstur yang halus dan ringan dengan rona matte elegan yang mempersona—mudah disapu pada bibir anda untuk kesan bibir lembut dan menawan. Diperkaya dengan Kaolin, ia membantu mengawal minyak berlebihan bagi memberikan kemasan matte yang sempurna dan kekal lama. Berbeza daripada gincu matte biasa, ia memberikan rasa halus, ringan dan selesa sambil memastikan bibir anda kekal lembap dengan Lilin Lebah. Rasai sapuan yang mewah dan bergaya. Sama ada untuk gaya harian yang elegan atau penampilan malam yang memukau, EVELYN menjadikan setiap sapuan sebagai simbol keyakinan dan keselesaan.
Terdapat dalam 5 rona menawan:
• Winner - Tegas & Berani
• She’s the one – Abadi & Anggun
• Attitude – Teguh & Yakin
• Posh – Bergaya & Mewah
• She’s one in a billion – Unik & Sukar Dilupakan
Nota untuk gambar gincu:
Gambar adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Sila ambil perhatian bahawa warna sebenar produk mungkin sedikit berbeza daripada yang dipaparkan. Perbezaan ini disebabkan oleh keadaan pencahayaan semasa penggambaran dan tetapan paparan skrin atau monitor yang berbeza.
Saiz pembungkusan:
- Setiap unit: 3.5g
- Setiap kotak: 3.5g x 5 unit (Set lengkap dengan semua rona warna)
Bedak serbaguna yang membantu menyempurnakan kulit anda, dengan liputan ringan ke sederhana untuk penampilan segar sepanjang hari. Ianya sesuai untuk pelbagai jenis kulit, memastikan tona kulit yang sekata dan halus, tanpa menyebabkan kekeringan pada kulit.
Pilihan Warna:
1) Evelyn Blurring Finish Powder Milky Cream
2) Evelyn Blurring Finish Powder Creamy Vanilla
3) Evelyn Blurring Finish Powder Golden Sands
4) Evelyn Blurring Finish Powder Endless Coffee