 
                                     
                                     
                                     
                                     
                                     
                                    Memudahkan Kerja Harian Anda
 
                                 
                                 
                                 
                                 
                                 
                                 
                                 
                                 
                                 
                                Sentuhan Pintar, Sediaan Ringkas
 
                                 
                                 
                                 
                                 
                                 
                                 
                                 
                                 
                                 
                                Gaya dan Keselesaan
 
                                 
                            
                             
                                    - Sebuah penggoncang yang digunakan untuk campuran yang sempurna.
- Cara terpantas dan termudah untuk mencampur dan menghidang minuman berkhasiat anda.
- Tersedia dengan penunjuk pengukuran.
- Tudung "skru-on" yang ketat bagi mencegah kebocoran.
- Sesuai digunakan sebagai air botol yang senang dibawa.
Kapasiti: 400ml
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                    | Ciri-ciri produk : | ||
| Voltan | : | 220 V - 240 V ; 50 Hz / 60 Hz | 
| Kuasa | : | 700 W - 760 W | 
| Kapasiti | : | 2000 ml | 
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                     
                                    Dengan hanya mengambil masa 5 hingga 15 minit, DXN Espresso Kettle dapat menyempurnakan proses pengekstrakan daripada pelbagai bahan makanan. Keunikan DXN Espresso Kettle membolehkan anda menyediakan secawan kopi, teh atau minuman herba yang unik serta sempurna dengan mudah dan cepat. 
Ciri-ciri produk :
Voltage : 220 V - 240 V; 50 Hz / 60 Hz
Power : 700 W - 760 W
Capacity : 400 ml
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                     
                                    | Ciri-ciri produk : | ||
| Diameter | : | 220 mm | 
| Kapasiti | : | 1 x 4 liter 1 x 6 liter | 
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                     
                                    | Ciri-ciri produk : | ||
| Kapasiti | : | 450 ml | 
| Ketinggian | : | 230 mm | 
| Diameter | : | 65 mm | 
| Berat | : | 290 g | 
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                     
                                    Smart Ozonizer DXN tampil dalam mod dwifungsi iaitu Mod Ozon (ozonizer) dan Mod Anion (ionizer). Ozonizer mampu menghasilkan ozon untuk merawat air yang digunakan untuk mencuci makanan, manakala ionizer mampu menghasilkan ion negatif (anion) untuk membersihkan udara persekitaran. Dengan adanya dwifungsi ini, sudah pasti anda dapat menikmati sayur-sayuran dan makanan yang sihat dan bersih serta udara yang segar di sekitar ruang rumah anda.
| Spesifikasi produk : | ||
| Berat | : | 1.5kg | 
| Dimensi | : | 195mm (panjang) x 180mm (lebar) x 300mm (tinggi) | 
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                    Pencuci Pinggan Mangkuk Dish Cleen DXN amat bagus untuk mencuci kotoran yang sedikit mahupun yang banyak tanpa meninggalkan sebarang bau pencuci yang kurang menyenangkan! Ia merupakan cecair pembersih pinggan yang berkesan menanggalkan gris dan sisa makanan di samping menjimatkan wang. Ia juga berupaya mencuci dengan lebih banyak, mudah dibilas dengan air dan sentiasa memastikan pinggan mangkuk anda bersih bersinar tanpa cela.
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                    Pencuci Lantai Pine Cleen DXN adalah agen pembasmi kuman dan penyahbau. Amat mudah untuk menggunakannya. Baunya yang harum seperti haruman pokok pine yang segar bagi membangkitkan keselesaan di persekitaran anda! Ia bertindak dengan berkesan untuk menghilangkan kotoran dan menghapuskan kesan degil, di samping menghalang pertumbuhan kulat. Sesuai untuk mencuci lantai, dinding dapur, tandas, bilik mandi, longkang dan lain-lain.
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                    Pencuci Serbaguna Sheen DXN ialah formula pekat yang luar biasa serta dapat menjimatkan wang anda. Ia merupakan pencuci serbaguna. Dengan kuasa penyingkiran minyak, ia juga dapat menanggalkan kotoran degil dengan berkesan contohnya di dinding, lantai, tingkap dan sebagainya. Ianya cepat dan mudah serta meninggalkan haruman yang segar selepas digunakan.
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                    Pencuci Mangkuk Tandas DXN merupakan agen pembersih aktif yang mampu menanggalkan kotoran, keladak dan daki supaya tandas lebih bersih dan bebas dari kuman. Ia meninggalkan haruman yang menyegarkan agar tiada bau yang kurang menyenangkan! Botolnya yang direka khas berserta penutup yang mesra pengguna untuk memudahkan pembersihan di kawasan yang lebih sukar dicapai.
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                    Pencuci Kereta - GT-6 Wash 'N' Shine adalah formula penjagaan kereta yang unik dihasilkan untuk mencuci dan mengilatkan kereta anda pada masa yang sama. Ianya bertindak dengan berkesan untuk menyingkir kotoran dan kesan degil agar kereta anda sentiasa bersinar dan berkilau.
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                    Dyna Cleen dengan formula terbaru dapat memberi cucian yang terbaik serta lebih ekonomi kepada anda sekeluarga. Ia juga dapat menghilangkan kotoran, menyingkirkan bakteria pada fabrik dan sintetik serta dapat membekalkan kuasa penyeri pada permukaan kain di samping mengekalkan warna fabrik. Ianya juga menjaga tangan anda agar lembut dan licin. Keharuman bunga-bungaan sitrus menjadikan pakaian anda sentiasa harum dan segar selepas dicuci.
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                     
                                    Rawatan Bahan Api Diesel Q-Pro DXN menawarkan satu penyelesaian yang mudah digunakan untuk membersihkan penyuntik dan mendapan pembakaran. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan pengeluaran sisa sulfur di samping meningkatkan kelancaran dan prestasi setana, bagi melindungi penyuntik bahan api serta keseluruhan sistem pembakaran. Rawatan Bahan Api Diesel Q-Pro DXN merupakan sejenis pelincir tidak boleh diekstrak (tidak mengandungi sedimen) dan kurang berdebu yang bertindak sebagai pelincir serba guna. Ia tidak mengakibatkan sebarang kesan hakisan dan tidak mengandungi sebarang bahan pepejal.
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                     - Senang digunakan.
 - Hanya perlu tekan untuk buka, picit dan tuang.
 - Nisbah pencairan ditandakan untuk memudahkan penggunaan.
 
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                    Vegi Cleen DXN adalah sejenis cecair pencuci buah-buahan dan sayur-sayuran yang selamat digunakan. Ia mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak limau gedang dan minyak "Tea Tree" organik dengan haruman semulajadi serta membantu membersihkan hasil tanaman anda tanpa menghilangkan rasa keaslian buah-buahan dan sayur-sayuran anda.
Agen pembersih utama Vegi Cleen DXN dihasilkan daripada jagung dan minyak kelapa. Bahan terbiodegradasi ini dapat membantu membuang / membersihkan lilin, tanah dan sisa kimia pertanian dari buah-buahan dan sayur-sayuran anda. Ia juga dapat membantu melambatkan proses pengoksidaan agar anda dapat menikmati buah-buahan serta sayur-sayuran yang segar. Malah, produk Vegi Cleen DXN ini merupakan satu produk yang mesra alam. Makanan yang bersih semestinya lebih baik!
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                     
                                    Air Selamat, Kehidupan Sihat, Minda Tenang!
Sistem Air DXN Energy Plus merupakan sistem penapisan air yang mengandungi 6 langkah proses penapisan. Setiap proses penapisan mengandungi komponen serta fungsi penapisan yang berbeza. Dengan kepelbagaian fungsi penapisan, bahan kimia, bakteria, sedimen dan lain-lain benda yang tidak diingini akan disingkirkan daripada air. Oleh itu, dengan Sistem Air DXN Energy Plus, anda boleh menikmati air minuman yang bersih dan lebih selamat.
Kebaikan Sistem Air DXN Energy Plus :
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                     
                                    
- Kapasiti 250ml (penuh), 200ml (takat air maksima). 
- Cawan pembancuh untuk bancuhan yang sempurna. 
- Menggunakan bateri.
- Penutup berskru untuk mengelak kebocoran. 
- Sesuai untuk kegunaan di rumah, pejabat, ketika melancong dan di majlis. 
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                    Yogurt Maker DXN adalah konsep maju dalam proses penapaian yogurt dengan penggunaan tanah liat ungu dalam pembuatan bahagian dalam periuk dan penutupnya. Tanah liat ungu membantu mengelakkan kemungkinan yogurt tercemar dan meminimakan kehilangan nutrien semasa proses penapaian yogurt. Dengan pelarasan suhu yang automatik semasa proses penapaian, yogurt amat mudah untuk dihasilkan. Yogurt Maker DXN juga dilengkapi dengan struktur reka bentuk anti-poly thermal yang mengoptimumkan aktiviti bakteria asid laktik, memberikan yogurt anda tekstur yang sempurna. Penggunaan teknologi suhu automatik Positive Temperature Coefficient (PTC) menjadikan Yogurt Maker DXN sebuah peralatan rumah yang selamat dan menjimatkan tenaga yang ideal untuk kegunaan setiap rumah. Dengan Yogurt Maker DXN, anda boleh menikmati yogurt segar dengan mudah. Gantikan snek anda hari ini dengan yogurt buatan sendiri yang segar.
| Spesifikasi Produk : | ||
| Voltan | : | 220V-240V~ | 
| Tenaga | : | 15W-17W | 
| Frekuensi | : | 50/60Hz | 
| Kapasiti | : | 1.2L | 
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                    Coffee Distiller DXN menggunakan teknik pengekstrakan yang optimum dengan mengalirkan air panas ke dalam kopi kisar secara berulang kali bagi mendapatkan rasa kopi yang ideal. Teko yang diperbuat daripada kaca Borosilikat adalah tahan haba dan tahan lasak, manakala bekas pemanasnya yang diperbuat daripada keluli tahan karat 304 dapat mempercepatkan proses pemindahan haba. Selain itu, fungsi tutup automatik, perlindungan anti kering dan fungsi mengekalkan kepanasan secara automatik menjadikan Coffee Distiller DXN sebagai sebuah alat perkakas rumah yang selamat.Coffee Distiller DXN juga dilengkapi dengan sebuah periuk stew untuk membolehkan anda membru kopi, memasak stew atau produk herba kegemaran anda dengan mudah.
| Spesifikasi Produk: | ||
| Voltan | : | 220V-240V~ | 
| Kuasa | : | 500W-545W | 
| Frekuensi | : | 50/60Hz | 
| Kapasiti | : | 1L | 
| Isipadu maksimum penyulingan | : | 500ml | 
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                    Q-Spray DXN adalah aerosol bersaiz mini generasi baharu yang mesra alam. Ianya berkesan menentang semua jenis nyamuk dan boleh digunakan di dalam serta luar bangunan. Semburan aerosol mini ini memberikan lebih kurang 800 semburan yang mampu bertahan sehingga 200 hari**. Formulasinya adalah tidak berminyak dan tanpa bau. Ianya mudah dibawa kemana sahaja; anda boleh menyimpannya di dalam poket mahupun beg tangan dengan mudah!
** Penggunaan adalah berdasarkan 4 semburan untuk sebuah bilik setiap hari.
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                    Kimono DXN diperbuat daripada fabrik kapas yang lembut, menyerap peluh dan lut udara. Ianya direka khas dan disulam dengan logo DXN. Kimono DXN terdiri daripada baju, seluar dan tali pengikat. Terdapat 2 warna yang boleh dipilih, putih dan biru.
Sebagai salah satu langkah untuk menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat, sebahagian keuntungan daripada hasil jualan Kimono DXN akan disumbangkan kepada program ekonomi sosial bagi membantu petani yang mengusahakan tanaman pokok kapas. Jangan lepaskan peluang ini!
Warna: Putih, Biru Gelap
Saiz: XS, S, M, L, XL
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                     
                                     
                                    Gelas Penapis Teh DXN adalah sejenis peralatan mudah dan direka dengan sempurna untuk merendam, menapis dan menghidangkan teh dengan cara yang mudah. Bekas dan penutup Gelas Penapis Teh DXN diperbuat daripada kaca borosilikat yang kukuh dan penapisnya pula dihasilkan daripada keluli tahan karat. Ia mempunyai rekaan yang ringkas tetapi elegan dengan dua pemegang bagi memudahkan penggunaannya. Ianya sesuai digunakan untuk menyediakan teh ideal anda, sama ada di rumah mahupun pejabat.
 
                                         
                                         
                                         
                                         
                            
                             
                                    DXN X’MOS adalah produk aerosol yang digunakan untuk memerangi dan membunuh semua jenis nyamuk (juga berkesan kepada hampir semua serangga). Produk ini sesuai untuk kegunaan dalaman dan luaran bangunan. Formula lepas lambat memastikan anda bebas daripada serangga sepanjang hari. Lindungi yang tersayang daripada penyakit bawaan serangga dengan produk yang boleh anda percayai.
 
                                         
                                         
                                        