Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™


Langkah Mudah ke arah Kecantikan Abadi.™

Kulit merupakan organ terbesar pada badan kita. Ia berfungsi sebagai benteng pertahanan untuk melindungi badan kita daripada ancaman luar. Kecantikan sebenar kulit bermula dengan badan yang sihat. Untuk memiliki kulit yang sihat dan berseri, kita bukan saja perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang, menjaga kesihatan sistem penghadaman dan keseimbangan paras hormon, malah kita juga mesti bijak untuk memilih produk penjagaan kulit yang sesuai.

Oleh itu, DXN dengan bangganya memperkenalkan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Ganozhi™ untuk memenuhi keperluan penjagaan kulit seharian anda. Ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Pembersih Muka Cecair Ganozhi™ 150 ml

Pembersih muka ini lembut dan berkesan untuk menyingkirkan kotoran dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Ia mengandungi bahan-bahan semulajadi yang berkualiti premium seperti ekstrak Ganoderma, ekstrak Fagus sylvatica, ragi dan panthenol. Ia mampu membersihkan liang-liang roma dan kulit muka, agar anda memiliki kulit muka yang lebih bersih dan berseri.

Cara Penggunaan :
Picitkan sedikit di atas tapak tangan, campurkan sedikit air dan gosokkan sehingga berbuih. Urut ke seluruh muka kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Cadangan penggunaan adalah pada waktu pagi dan malam, diikuti dengan sapuan Penyegar Ganozhi™ dan Emulsi Pelembap Mikro Ganozhi™ .

Penyegar Ganozhi™ 150 ml

Penyegar yang diformulasi khas untuk menghaluskan liang-liang roma, melembutkan dan mengekalkan kelembapan kulit muka anda. Ia diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi yang berkualiti premium seperti ekstrak Ganoderma, ekstrak Fagus sylvatica, allantoin dan propolis cera. Penyegar Ganozhi™ juga membantu dalam mengimbangkan pH kulit dan membolehkan kulit muka anda bersedia untuk langkah seterusnya iaitu melembapkan kulit muka anda.

Cara Penggunaan :
Selepas mencuci menggunakan Pembersih Muka Ganozhi™, tuangkan sedikit penyegar Ganozhi™ pada kapas muka dan sapu secara perlahan-lahan dalam urutan bulatan pada muka kecuali kawasan mata.

Emulsi Pelembap Mikro Ganozhi™ 50 ml

Emulsi Pelembap Mikro Ganozhi™ merupakan pelembap inovatif yang dirumus khas untuk mengekalkan kelembapan kulit anda dan menjadikan kulit muka anda lebih menawan. Ia diformulasi dengan menggunakan teknologi nano yang terkini untuk menjamin penyerapan yang lebih menyeluruh. Molekulnya yang bersaiz nano mampu menembusi permukaan kulit dengan cepat dan berkesan. Emulsi Pelembap Mikro Ganozhi™ mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak Ganoderma, ekstrak Fagus sylvatica , ekstrak ginseng, ekstrak arnica dan Vitamin E. Ia membantu mengekalkan kelembutan dan kecantikan kulit anda sepanjang hari.

Cara Penggunaan :
Teruskan penggunaan Pembersih Muka Ganozhi™ dan Penyegar Ganozhi™ dengan jumlah yang sesuai ke wajah, urut perlahan-lahan sehingga ia diserap sepenuhnya.

Pautan telah disalin ke papan keratan
DAX - DXN Assistant

Disclaimer :

Please be informed that the following content has been generated by an AI system and may contain errors, inconsistencies, or outdated information. It is provided as-is without any warranties or guarantees of accuracy. We strongly recommend using this content as a starting point for further research and activity. We disclaim any liability for damages or losses resulting from the use or reliance on this content.
Bot Avatar

Hi, I’m DAX!
I’m your DXN assistant, powered by AI and support multilanguage.

Health

Food and Beverage

Personal Care

Nutrition

Beauty

Branch

Business

Register