Kini tampil dengan koleksi penjagaan yang merangkumi :
- Gel Pembersih
- Penyegar Hidrat
- Gel Aqua
- Krim Nutricare
- Losyen Tangan dan Badan
- Skrub Muka
- Masker Penghidratan
Siri produk ini dirumus khas dengan pati Aloe Vera dan pati botani semula jadi lain yang berupaya untuk membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit agar kulit anda tampak berseri.
Gel Pembersih DXN Aloe.V
Satu pembersih yang bebas sabun mengandungi pati Aloe Vera.
Mencuci dengan lembut agar kulit lebih segar, licin dan lebih berseri.
Cara Penggunaan :
Picitkan jumlah yang sesuai di tapak tangan, gosokkan pada tangan ditambah dengan sedikit air kemudian sapukan di muka. Urutkan pada muka secara perlahan-lahan, bilas dengan air suam dan keringkan.
Penyegar Hidrat DXN Aloe.V
Satu rumusan segar yang menghidratkan; mengandungi pati Aloe Vera, witch hazel dan asid amino.
Pembersihan berganda di samping menghaluskan liang-liang roma dipermukaan kulit wajah anda. Formula melembap, menyegar dan melembutkan kulit wajah agar menjadikannya lebih lembut dan licin.
Cara Penggunaan :
Selepas mencuci muka, tuangkan sedikit penyegar pada kapas muka dan sapukan secara perlahan-lahan dalam urutan membulat pada wajah kecuali kawasan mata.
Gel "Aqua" DXN Aloe.V
Pelembap istimewa yang mudah diserap, melembapkan kulit dan mengandungi campuran pati Aloe Vera. Menjadikan kulit lebih lembut, licin dan segar.
Cara penggunaan :
Sapukan dengan lembut pada muka dan leher untuk memberi kesan kelembapan yang sempurna. Gunakan pada siang hari selepas menggunakan Gel Pembersih dan Penyegar Hidrat.
Krim "Nutricare" DXN Aloe.V
Krim malam yang diperkaya dengan campuran istimewa pati Aloe Vera dan campuran pati botani, yang bertindak sebagai lapisan pelindung yang berupaya melawan penyahhidratan kulit ketika tidur.
Cara Penggunaan :
Sapukan secara lembut pada muka dan leher untuk memberi kesan kelembapan yang sempurna. Guna pada waktu malam selepas menggunakan Gel Pembersih Aloe.V DXN dan Penyegar Hidrat.
Losyen Tangan dan Badan DXN Aloe.V
Losyen pelembap tidak berminyak yang dirumus khas dengan pati Aloe Vera.
Menghilangkan kekeringan dan melembutkan kulit agar kulit terasa segar.
Memelihara dan melembutkan kulit serta membantu mengekalkan kelembapan semula jadi.
Cara Penggunaan :
Sapukan secara lembut pada kulit selepas mandi. Lebihkan sapuan pada tempat yang lebih memerlukan.
Skrub Muka Aloe.V DXN
Skrub yang memberi pembersihan lembut yang mendalam hingga ke liang roma anda untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang pudar dan tidak bermaya serta kotoran lain, agar kulit anda kelihatan licin, bersih dan segar. Dirumus khas dengan ekstrak Aloe Vera agar kulit anda kekal licin. Pembersihan yang rapi dilakukan agar kulit anda bebas daripada masalah kekeringan serta tidak merosakkan kulit wajah anda. Mengandungi pati minyak zaitun dan Macadamia yang dapat menenangkan kulit anda.
Cara Penggunaan :
Sapukan sedikit skrub di kawasan muka dan leher. Urut perlahan-lahan dalam pergerakan bulat dengan hujung jari kecuali di kawasan mata. Kemudian bilas menggunakan air suam. Cadangan penggunaan ialah sekali atau dua kali seminggu untuk melihat perbezaannya.
Masker Penghidratan Aloe.V DXN
Masker yang dapat mengembalikan kelembapan serta merta kepada kulit yang kering akibat dari kesan cuaca yang panas.
Ekstrak Aloe Vera dan keaslian semula jadi minyak zaitun pula memberi kelembapan dan kesan keselesaan yang terbaik kepada kulit wajah anda.
Mengandungi sodium hyaluronate, umpama magnet di mana ia dapat menarik lembapan secara mendalam kepada sel-sel kulit agar kulit anda kelihatan licin, lembut dan berseri secara semula jadi dengan serta merta.
Cara Penggunaan :
Sapukan pada kulit yang bersih dengan teliti kecuali kawasan mata. Biarkan selama 3 minit, kemudian bilas dengan teliti menggunakan air yang bersih. Cadangan penggunaan dua kali seminggu untuk kulit yang kering atau sekali seminggu untuk kulit normal/berminyak.
Health
Food and Beverage
Personal Care
Nutrition
Beauty
Branch
Business
Register