Rangkaian Produk Ganozhi™ E
Rangkaian Produk Ganozhi™ E
Rangkaian Produk Ganozhi™ E
Rangkaian Produk Ganozhi™ E
Rangkaian Produk Ganozhi™ E
Rangkaian Produk Ganozhi™ E
Rangkaian Produk Ganozhi™ E
Rangkaian Produk Ganozhi™ E
Rangkaian Produk Ganozhi™ E

Rangkaian Produk Ganozhi™ E


Kulit Anda Mampu Memilikinya

Rangkaian Produk Ganozhi™ E DXN kaya dengan Vitamin E dan ekstrak pati botani yang mampu bertindak secara sinergi bagi mencegah, memulih serta melindungi kulit anda daripada masalah penuaan yang berpunca daripada gaya hidup yang sibuk dan persekitaran yang tercemar. Rangkaian produk ini didatangkan sekali dengan Krim Pembersih, Penyegar ´Hydrasoft´, Krim Siang Pelindung UV dan Krim Malam.

Krim Pembersih Ganozhi™ E DXN 120g
Krim pembersih yang lembut dan tidak bersabun ini berkesan untuk menyingkirkan segala kotoran dan sel-sel mati pada permukaan kulit tanpa mengeringkan kulit anda. Ia mengandungi ekstrak buah-buahan semula jadi yang boleh menggalakkan pembaharuan sel kulit, agar kulit anda kelihatan segar dan sihat.

Cara Penggunaan :
Basahkan tapak tangan, muka dan leher. Picitkan krim pembersih pada tangan yang telah dibasahkan dan gosok dengan lembut sehingga berbuih. Urutkan dengan lembut pada kulit. Bilas dengan air dan keringkan.

Penyegar 'Hydrasoft' Ganozhi™ E DXN 120g
Penyegar berasaskan aqua-susu yang berupaya membersih dan mengecilkan liang-liang roma. Penyegar ini mampu menembusi secara mendalam, agar menyegarkan kulit muka anda secara keseluruhan. Ia mengandungi ekstrak buah-buahan seperti bilberi, lemon, oren, tebu dan gula mapel yang berkesan untuk membantu melicinkan kulit anda agar anda kelihatan muda. Ia turut diperkaya dengan agen-agen penghidratan yang mampu melembutkan kulit dan anda pasti teruja dengan keselesaan yang terasa.

Cara Penggunaan :
Selepas membasuh, lembapkan pad kapas dengan penyegar dan sapukan pada seluruh bahagian muka.

Krim Siang Pelindung UV Ganozhi™ E DXN 50g
Pelembap yang pekat dan berkrim ini membantu menghidrat, menegang, mengekalkan kelembapan kulit anda, agar melindungi kulit anda daripada pancaran UV, menjadikan kulit anda lembut dan licin. Krim ini diperkaya dengan Vitamin E dan campuran ekstrak botani, yang mampu menguatkan sistem perlindungan kulit anda, agar kulit anda mampu menentang ancaman radikal bebas serta segala ancaman luar dengan berkesan.

Cara Penggunaan :
Selepas membasuh dan menyegar, sapukan krim secara rata pada bahagian muka dan leher. Sapukan krim dengan kadar yang kerap untuk memastikan perlindungan daripada sinaran matahari yang berpanjangan.

Krim Malam Ganozhi™ E DXN 50g
Pelembap yang pekat dan berkrim ini mampu menyegarkan kulit anda semasa kulit anda menjalani proses pembaharuan sel pada waktu malam. Selepas penggunaan, anda pasti akan terasa kulit anda menjadi lebih lembut dan licin pada keesokan pagi. Ia turut diperkaya dengan ekstrak-ekstrak botani seperti Willowherb Kanada, Fagus sylvatica, Ganoderma lucidum, Ekstrak Yis, Shea Butter, Vitamin E, dan Minyak Biji Bunga Matahari bagi mengukuh serta menguatkan struktur kulit.

Cara Penggunaan :
Selepas membasuh dan menyegar, sapukan krim pada seluruh bahagian muka dan leher dalam urutan secara menaik.

Pautan telah disalin ke papan keratan
DAX - DXN Assistant

Disclaimer :

Please be informed that the following content has been generated by an AI system and may contain errors, inconsistencies, or outdated information. It is provided as-is without any warranties or guarantees of accuracy. We strongly recommend using this content as a starting point for further research and activity. We disclaim any liability for damages or losses resulting from the use or reliance on this content.
Bot Avatar

Hi, I’m DAX!
I’m your DXN assistant, powered by AI and support multilanguage.

Health

Food and Beverage

Personal Care

Nutrition

Beauty

Branch

Business

Register