Perhubungan pelabur DXN memastikan para pemegang saham sentiasa mendapat maklumat mengenai kemajuan dan perancangan syarikat.
Cyberjaya, 18 Jun 2025 – DXN Holdings Bhd. (“DXN” atau “Syarika”) [德信控股], pengeluar global produk nutraseutikal berfokus kesihatan, dengan sukacitanya mengumumkan penyertaannya dalam senarai sulung Fortune Southeast Asia 500 dengan kedudukan No. 491. Pengiktirafan berprestij ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan signifikan bagi syarikat Malaysia ini serta anak-anak syarikat globalnya (“Kumpulan DXN” atau “Kumpulan”), menonjolkan momentum pertumbuhan kukuh sejak penubuhannya pada tahun 1993, pelaksanaan strategi yang berfokus, dan kejayaan pengembangan antarabangsa.
Fortune Southeast Asia 500 menyenaraikan 500 syarikat terkemuka di rantau ini berdasarkan jumlah hasil, menonjolkan skala dan pengaruh perniagaan terkemuka Asia Tenggara.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif DXN, Datuk Lim Siow Jin (拿督林孝仁) dalam satu kenyataan berkata:, “Kami berasa amat berbesar hati dan gembira diiktiraf oleh Fortune sebagai salah satu daripada 500 syarikat terkemuka di Asia Tenggara. Kami bermula secara kecil-kecilan di negeri Kedah, Malaysia. Penghormatan ini adalah cerminan daripada dedikasi selama bertahun-tahun semua warga DXN dalam pengeluaran dan penjualan langsung produk kesihatan kepada pelanggan di seluruh dunia. Pencapaian ini membuktikan ketahanan model perniagaan kami dan kekuatan rangkaian ahli yang meluas. Ia mengukuhkan lagi impak yang kami cipta di pelbagai bidang kuasa dan pasaran. Pengiktirafan ini memberi inspirasi kepada kami untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.”
“Penyertaan DXN dalam senarai berprestij ini turut mengesahkan dasar kerajaan yang menyokong pengeluar dengan keupayaan penjualan langsung. Fokus kami ke hadapan adalah untuk mengukuhkan lagi kehadiran pasaran di wilayah berpotensi tinggi termasuk Amerika Latin, Timur Tengah dan Asia, sambil meneroka peluang baharu dalam rantaian nilai kesihatan dan kesejahteraan.”
Kejayaan antarabangsa DXN adalah hasil daripada pembinaan strategik rangkaian pengeluaran globalnya. Kumpulan ini mengendalikan fasiliti pengeluaran dan penanaman berteknologi tinggi di Malaysia, India, China, Mexico, Bangladesh, Nepal dan Dubai. Hab global ini menjadi tulang belakang kepada rantaian bekalan global kendiri Kumpulan, yang membolehkan kawalan kualiti produk yang konsisten, mengekalkan kecekapan kos dan mempercepatkan skala operasi.
Pada masa ini, DXN mempunyai lebih 19.3 juta ahli berdaftar di lebih 180 negara, yang memainkan peranan penting dalam memacu capaian pasaran dan penglibatan produk.
Sejak penyenaraian DXN di Bursa Securities pada Mei 2023, syarikat ini telah mencatatkan pertumbuhan dan pembayaran dividen secara berterusan dari tahun ke tahun. Momentum ini diteruskan dalam tahun kewangan berakhir 28 Februari 2025 (“TK25”) dengan rekod hasil baharu berjumlah RM1.9 bilion. Pencapaian ini dipacu oleh jualan kukuh di pasaran utama seperti Peru, Bolivia, Timur Tengah dan Turkiye, disokong oleh usaha pemasaran berterusan serta penglibatan aktif ahli sepanjang tahun.
Bagi TK25, DXN mengisytiharkan dividen keseluruhan sebanyak 3.7 sen sesaham biasa, berjumlah RM184.0 juta atau bersamaan 55.9% daripada keuntungan bersih, mengukuhkan lagi komitmen syarikat dalam memberikan nilai kepada pemegang saham selaras dengan polisi dividen yang menetapkan agihan sekurang-kurangnya 50% daripada keuntungan bersih.
Ketika DXN melakar haluan masa depannya, syarikat kekal komited dalam menyampaikan nilai melalui rantaian nilai lestari dengan inovasi berterusan dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan.
Health
Food and Beverage
Personal Care
Nutrition
Beauty
Branch
Business
Register