Perhubungan Pelabur

Perhubungan pelabur DXN memastikan para pemegang saham sentiasa mendapat maklumat mengenai kemajuan dan perancangan syarikat.

DXN CATAT PENINGKATAN HASIL 9.2% YOY KEPADA RM963.5 JUTA BAGI 1HFY25

~ Umumkan dividen interim kedua sebanyak 0.8 sen ~

Cyberjaya, 24 Oktober 2024 – DXN Holdings Bhd. (“DXN” atau “Syarikat”) [德信控股], pengeluar produk nutraseutikal terkemuka di peringkat global, telah mengumumkan keputusan kewangan suku kedua (“2QFY25”) dan separuh pertama tahun kewangan berakhir 28 Februari 2025 (“1HFY25”) bagi Syarikat dan anak-anak syarikatnya (“Kumpulan DXN” atau “Kumpulan”).

Bagi 1HFY25, DXN mencatatkan pertumbuhan hasil kukuh sebanyak 9.2% tahun ke tahun (“YoY”) kepada RM963.5 juta, meningkat daripada RM882.3 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu (“1HFY24”). Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh momentum jualan yang berterusan di pasaran utama, khususnya di Amerika Latin, India, dan Turkiye, disamping penglibatan ahli yang konsisten, promosi produk yang berjaya, serta peluasan portfolio produk di Amerika Latin.

Kumpulan turut merekodkan peningkatan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (“EBITDA”) dan keuntungan sebelum cukai (“PBT”) masing-masing sebanyak RM277.3 juta dan RM247.8 juta, mewakili peningkatan YoY sebanyak 2.7% dan 2.3% berbanding RM270.0 juta dan RM242.2 juta pada 1HFY24. Walau bagaimanapun, keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan (“keuntungan bersih”) mencatatkan sedikit penurunan kepada RM151.5 juta daripada RM153.6 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Bagi 1HFY25, margin EBITDA, PBT dan keuntungan bersih masing-masing susut kepada 28.8%, 25.7% dan 15.7% berbanding 30.6%, 27.5% dan 17.4% pada 1HFY24. Penyusutan ini terutamanya disebabkan oleh pengukuhan Ringgit Malaysia dan peningkatan kos operasi.

Selaras dengan polisi dividen syarikat, Lembaga Pengarah DXN telah mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 0.8 sen sesaham biasa bagi 2QFY25. Ini menjadikan jumlah dividen yang diisytiharkan bagi 1HFY25 kepada 1.7 sen sesaham. Secara keseluruhan, DXN telah mengisytiharkan dividen bernilai RM84.5 juta bagi tempoh ini, mewakili kadar pembayaran dividen sebanyak 55.8%.

Pengerusi Eksekutif dan Pengasas DXN, Datuk Lim Siow Jin (拿督林孝仁) berkata, “Kami berbangga untuk melaporkan pertumbuhan hasil yang berterusan dalam 1HFY25, membuktikan kekuatan model perniagaan kami dan permintaan berterusan terhadap produk kami. Walaupun margin keuntungan terjejas akibat faktor luaran seperti turun naik kadar pertukaran mata wang asing dan peningkatan kos operasi, kami kekal fokus dalam meningkatkan kecekapan operasi dan meneroka peluang pertumbuhan baharu. Kami yakin dengan kemampuan kami untuk mengharungi cabaran ini dan memberikan nilai jangka panjang kepada para pemegang saham.”

“Bagi meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran dan capaian pasaran, kami gembira mengumumkan bahawa kilang pembuatan baharu kami di Nepal dan Bangladesh berada di landasan untuk memulakan operasi menjelang akhir FY25. Fasiliti ini akan melengkapi 13 fasiliti pembuatan sedia ada kami, membolehkan kami berkhidmat dengan lebih baik kepada ahli dan memenuhi permintaan global yang semakin meningkat. Kami juga berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan butiran bagi satu lagi kilang baharu. Ke hadapan, kami akan terus fokus pada pengembangan ke pasaran baharu, pelancaran produk inovatif, pengoptimuman kecekapan pengeluaran, dan pengukuhan daya tahan perniagaan bagi mendorong pertumbuhan mampan dan kejayaan jangka panjang,” tambah beliau.

Bagi 2QFY25, hasil meningkat sebanyak 6.6% kepada RM488.4 juta berbanding RM458.3 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya (“2QFY24”). EBITDA menurun sedikit sebanyak 5.8% kepada RM125.4 juta berbanding RM133.2 juta pada 2QFY24. Begitu juga, keuntungan bersih susut 13.2% kepada RM66.0 juta berbanding RM76.0 juta pada 2QFY24. Penurunan margin EBITDA ini terutamanya disebabkan oleh kerugian pertukaran mata wang asing yang lebih tinggi akibat pengukuhan Ringgit Malaysia, serta peningkatan kos operasi.

DXN kekal berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh, dengan tunai dan setara tunai berjumlah RM654.6 juta setakat 31 Ogos 2024, melebihi jumlah pinjaman sebanyak RM136.4 juta. DXN juga menjana aliran tunai operasi bersih yang sihat sebanyak RM133.3 juta dalam 2QFY25.

Facebook Instagram Blogger
DAX - DXN Assistant

Disclaimer :

Please be informed that the following content has been generated by an AI system and may contain errors, inconsistencies, or outdated information. It is provided as-is without any warranties or guarantees of accuracy. We strongly recommend using this content as a starting point for further research and activity. We disclaim any liability for damages or losses resulting from the use or reliance on this content.
Bot Avatar

Hi, I’m DAX!
I’m your DXN assistant, powered by AI and support multilanguage.

Health

Food and Beverage

Personal Care

Nutrition

Beauty

Branch

Business

Register