Perhubungan Pelabur

Perhubungan pelabur DXN memastikan para pemegang saham sentiasa mendapat maklumat mengenai kemajuan dan perancangan syarikat.

DXN CATAT PERTUMBUHAN HASIL SEBANYAK 12.0% BAGI SUKU PERTAMA TAHUN KEWANGAN 2025 KEPADA RM475.1 JUTA

~ Umumkan dividen interim pertama sebanyak 0.9 sen ~

Cyberjaya, 26 Julai 2024 – DXN Holdings Bhd. (“DXN” atau “Syarikat”) [德信控股], sebuah pengeluar produk nutraseutikal terkemuka di peringkat global, telah mengumumkan keputusan kewangan suku pertama bagi tahun kewangan berakhir pada 28 Februari 2025 (“1QFY25”) untuk Syarikat dan anak-anak syarikatnya (“Kumpulan DXN” atau “Kumpulan”).

Kumpulan telah mengekalkan momentum pertumbuhannya dalam 1QFY25, mencatatkan hasil terkumpul sebanyak RM475.1 juta, peningkatan sebanyak 12.0% tahun ke tahun (“YoY”) berbanding RM424.0 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lalu (“1QFY24”). Pengembangan organik di pasaran utama seperti Peru, Bolivia, Mexico, dan India kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan berterusan ini. Pertumbuhan ini berpunca daripada gabungan inisiatif bebas, penganjuran acara berimpak tinggi oleh kumpulan kepimpinan, pengenalan produk inovatif, dan kempen pemasaran yang berkesan.

Keuntungan Kumpulan DXN turut mengukuh, dengan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (“EBITDA”) mencapai RM151.9 juta, peningkatan kukuh sebanyak 11.0% YoY berbanding RM136.8 juta pada 1QFY24. Keuntungan sebelum cukai (“PBT”) meningkat kepada RM136.3 juta daripada RM124.1 juta pada 1QFY24, mencatatkan peningkatan 9.8% YoY. Sementara itu, keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan (“keuntungan bersih”) berkembang sebanyak 10.3% YoY kepada RM85.6 juta daripada RM77.6 juta pada 1QFY24, sekali gus menegaskan kekuatan kewangan DXN.

Pengerusi Eksekutif dan Pengasas DXN, Datuk Lim Siow Jin (拿督林孝仁) berkata, “Berdasarkan prestasi cemerlang kami dalam FY24, yang didorong oleh pertumbuhan berterusan di Amerika Latin dan India, kami berada pada kedudukan strategik untuk memasuki pasaran utama seperti Brazil, Argentina, dan Chile. Berbekalkan strategi pemasaran yang terbukti berkesan serta kedudukan kukuh kami di rantau Amerika Latin, kami yakin dapat mengulangi kejayaan di pasaran berpotensi ini.”

“Pada FY24, kami telah melabur sebanyak RM119.2 juta dalam perbelanjaan modal (“CAPEX”) bagi menubuhkan kemudahan pengeluaran baharu di China, India, Dubai, dan Mexico. Kemudahan ini telah memulakan pengeluaran komersial pada tahun kalendar 2023, yang secara signifikan meningkatkan keupayaan pengeluaran kami dalam pelbagai produk termasuk kopi, teh, jus berkarbonat, dan spirulina. Kemudahan pengeluaran yang baru dibangunkan di Nepal dan Bangladesh, yang akan menghasilkan rangkaian produk kopi terlaris kami, berjalan dengan baik dan dijangka memulakan pengeluaran komersial menjelang akhir 2024.”

“Tahun ini, kami berhasrat untuk memperuntukkan lebih daripada RM125.0 juta dalam CAPEX bagi memperluas lagi kapasiti pengeluaran. Langkah ini bertujuan untuk memenuhi jangkaan permintaan dari pasaran baharu seperti Zambia dan Ghana. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif kami untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat terhadap produk kami daripada ahli-ahli di seluruh dunia.”

“Ke hadapan, kami akan terus memberi keutamaan kepada pengembangan pasaran baharu, pelancaran produk inovatif, pengoptimuman kecekapan pengeluaran, dan daya tahan perniagaan. Dengan memanfaatkan pelbagai saluran pertumbuhan ini, kami yakin DXN mampu memberikan nilai berterusan kepada para pemegang saham,” beliau mengakhiri kenyataan.

DXN kekal berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh, dengan tunai dan setara tunai sebanyak RM609.2 juta melebihi jumlah pinjaman sebanyak RM140.1 juta setakat 31 Mei 2024. Selain itu, aliran tunai operasi bersih yang sihat sebanyak RM137.8 juta telah dijana dalam suku yang dikaji.

Selaras dengan polisi dividen suku tahunan, Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 0.9 sen sesaham biasa bagi 1QFY25, berjumlah RM44.8 juta. Ini mewakili nisbah pembayaran dividen sebanyak 52.3% berdasarkan keuntungan bersih 1QFY25 DXN.

Facebook Instagram Blogger
DAX - DXN Assistant

Disclaimer :

Please be informed that the following content has been generated by an AI system and may contain errors, inconsistencies, or outdated information. It is provided as-is without any warranties or guarantees of accuracy. We strongly recommend using this content as a starting point for further research and activity. We disclaim any liability for damages or losses resulting from the use or reliance on this content.
Bot Avatar

Hi, I’m DAX!
I’m your DXN assistant, powered by AI and support multilanguage.

Health

Food and Beverage

Personal Care

Nutrition

Beauty

Branch

Business

Register