Perhubungan Pelabur

Perhubungan pelabur DXN memastikan para pemegang saham sentiasa mendapat maklumat mengenai kemajuan dan perancangan syarikat.

DXN PERKUKUH KEHADIRAN DI AMERIKA LATIN DENGAN PENGEMBANGAN KE BRAZIL

Cyberjaya, 5 Februari 2024 – Syarikat jualan langsung produk pengguna berorientasikan kesihatan dan kesejahteraan global, DXN Holdings Bhd. (“DXN” atau “Kumpulan”) [德信控股] dengan sukacitanya mengumumkan kemasukan sulung ke pasaran Brazil. Pejabat berdaftar pertama Kumpulan yang terletak di Sao Paulo, Brazil, dijadualkan memulakan operasi pada Mac 2024.

Pengerusi Eksekutif Bukan Bebas dan Pengasas DXN, Datuk Lim Siow Jin (拿督林孝仁) berkata beliau optimis dengan prospek pertumbuhan Brazil, didorong oleh populasi negara tersebut yang melebihi 210 juta orang dan peningkatan tahap urbanisasi, yang membuka peluang luas untuk perniagaan seperti DXN.

Datuk Lim berkata, “Kemasukan strategik kami ke Brazil bertujuan memanfaatkan kekuatan jenama dan kejayaan yang telah dicapai DXN di negara-negara lain di Amerika Latin termasuk Mexico, Peru, Bolivia, Colombia dan banyak lagi. Strategi pemasaran DXN ‘One World One Market’ membolehkan mana-mana ahli kami di seluruh dunia mengendalikan dan mengembangkan perniagaan mereka di mana-mana negara di mana DXN beroperasi tanpa kekangan geografi. Kami yakin dengan potensi ahli kami untuk berkembang di Brazil.”

“Setakat ini, DXN telah berjaya mendaftarkan 10 produk yang telah diluluskan untuk pasaran Brazil. Produk kopi segera utama kami sangat selari dengan budaya kopi yang kaya di Brazil, sekali gus meningkatkan keyakinan kami untuk meraih pasaran di sana.”

“Selain itu, minat terhadap suplemen kesihatan yang meningkatkan kesejahteraan semakin meningkat di seluruh dunia. Tawaran produk DXN, termasuk yang diformulasikan dengan herba dan tumbuhan seperti spirulina dan cendawan lion’s mane, berada pada kedudukan yang baik dalam pasaran yang sedang berkembang ini. Dengan pertumbuhan berterusan sektor suplemen kesihatan, terdapat peluang besar untuk DXN mempercepatkan usaha pengembangan global bagi memanfaatkan pasaran yang sedang meningkat ini.”

Kumpulan komited untuk memperluas portfolio produknya selaras dengan permintaan pengguna yang dinamik. Selain itu, Kumpulan kini sedang dalam proses menubuhkan satu lagi pejabat cawangan di Brazil sebagai sebahagian daripada usaha strategik untuk mengembangkan kehadiran pasaran di negara tersebut.

Bagi menyokong pertumbuhan DXN di rantau Amerika Latin, fasiliti pengeluaran kedua Kumpulan di Mexico kini telah beroperasi, dengan saiz 2.8 kali ganda lebih besar daripada fasiliti pertama, dan terlibat dalam pengeluaran produk kopi, makanan tambahan dan minuman.

Sejak kemasukan DXN ke rantau Amerika Latin pada tahun 2004, Kumpulan telah mengukuhkan rangkaiannya di sana dengan 3.6 juta ahli. Sementara itu, jualan dari rantau ini telah menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan hasil DXN, merangkumi 60% daripada jumlah hasil bagi tempoh sembilan bulan kewangan berakhir 30 November 2023. Kemasukan DXN ke pasaran Brazil dijangka akan terus memperkukuh trajektori pertumbuhan ini.

Facebook Instagram Blogger
DAX - DXN Assistant

Disclaimer :

Please be informed that the following content has been generated by an AI system and may contain errors, inconsistencies, or outdated information. It is provided as-is without any warranties or guarantees of accuracy. We strongly recommend using this content as a starting point for further research and activity. We disclaim any liability for damages or losses resulting from the use or reliance on this content.
Bot Avatar

Hi, I’m DAX!
I’m your DXN assistant, powered by AI and support multilanguage.

Health

Food and Beverage

Personal Care

Nutrition

Beauty

Branch

Business

Register