Polisi Privasi
Kemas kini terakhir: 18 September 2018
Polisi Privasi menjelaskan bagaimana DXN (“DXN,” “kita,” atau “kami”) mengumpul, mengguna dan mendedahkan maklumat anda melalui laman web DXN (“Laman Web”). Kami telah mencipta Polisi Privasi untuk menunjukkan komitmen teguh kami dalam melindungi maklumat peribadi anda. Polisi Privasi ini digunakan dalam transaksi dan aktiviti-aktiviti yang menghubungkan anda kepada kami. Setiap kali anda melawat ke laman web atau memberikan maklumat anda kepada kami, anda dengan ini telah memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan maklumat seperti yang telah dinyatakan pada Polisi Privasi ini. Polisi Privasi ini boleh diubah suai dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.
Gambaran Keseluruhan
Kami mengumpulkan maklumat mengenai anda sebagai sebahagian dari operasi normal bagi perkhidmatan kami. Polisi Privasi ini menjelaskan mengenai maklumat yang dikumpulkan daripada anda dan apa yang mungkin akan terjadi kepada maklumat tersebut. Dengan menerima terma dan syarat Polisi Privasi ini, anda telah memberikan kebenaran kepada kami untuk mengguna dan mendedahkan maklumat peribadi seperti yang telah dimaklumkan dalam Polisi Privasi ini. Polisi Privasi ini digabung dan bergantung kepada terma penggunaan Laman Web. Maklumat peribadi adalah maklumat yang boleh digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk mengenal pasti maklumat anda dan juga maklumat tanpa nama yang berkaitan dengan maklumat yang boleh digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk mengenal pasti anda. Maklumat peribadi tidak termasuk maklumat yang tidak boleh dibalikkan tanpa nama atau terkumpul supaya ianya tidak lagi membolehkan kami, sama ada dengan gabungan dengan maklumat lain atau sebaliknya, untuk mengenal pasti anda.
Bagaimana Kami Mengumpul atau Menerima Maklumat dari Anda
DXN mungkin mengumpulkan maklumat atau menerima maklumat peribadi anda melalui penggunaan Laman Web anda dalam pelbagai cara. Anda boleh memilih untuk menghantarkan maklumat peribadi dan lain-lain maklumat anda kepada kami melalui pelbagai saluran komunikasi yang disediakan di halaman “Hubungi Kami” di Laman Web, seperti, alamat e-mel, nombor telefon atau borang atas talian. Anda boleh melayari Laman Web tanpa mendedahkan maklumat peribadi anda, walau bagaimanapun, jika anda ingin menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Laman Web, anda tidak boleh mengekalkan kerahsiaan maklumat peribadi anda. Untuk memastikan keperluan dan kehendak anda dipenuhi dan memberikan kepada anda pengalaman yang bagus dan menyeronokkan, serta dapat memberikan akses kepada beberapa ciri yang boleh menarik minat anda, kami memerlukan maklumat perbadi anda. Ini mungkin termasuk nama penuh, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, maklumat pembilan, maklumat penghantaran, maklumat kewangan, (nombor kad debit atau kad kredit dan lain-lain maklumat kad) atau maklumat demografi (maklumat yang anda hantarkan, atau yang kami kumpulkan, yang bukannya maklumat peribadi mahupun maklumat kewangan; ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada kod zip, poskod, bandar asal, jantina, nama pengguna, umur, tarikh lahir, maklumat pembelian terdahulu, melihat maklumat terdahulu, mencari sejarah terdahulu, maklumat pendaftaran terdahulu, dan isi kandungan perhubungan di antara anda dan pengguna lain laman web, atau “maklumat awam”, yang mengandungi lain-lain maklumat demografi. Kami memerlukan anda untuk memasukkan maklumat peribadi atau maklumat kewangan ke dalam kawasan yang boleh dilihat oleh orang awam (sebagai contoh, tidak menggunakan alamat atau kata laluan sebagai nama pengguna anda, atau memasukkan nama atau alamat dalam komunikasi bertulis atau gambaran barang), kerana jika anda berbuat demikian, maka ianya akan menjadi “maklumat awam”. Anda mempunyai pilihan untuk tidak memberikan maklumat tertentu dengan memilih untuk tidak menggunakan sesuatu perkhidmatan atau ciri.
Seperti kebanyakkan laman web e-perdagangan, setiap kali anda melawat ke Laman Web tersebut, kami secara automatik akan mengumpulkan alamat IP anda dan dari laman web mana anda datang. Untuk mentadbir dan mengoptimumkan Laman Web untuk anda dan mengenal pasti masalah yang terdapat pada Laman Web, kami akan menggunakan alamat IP anda untuk mengenalpasti identiti anda dan mengumpulkan maklumat demografi yang luas mengenai anda.
Jika anda memilih untuk menghantar pesanan ke ruangan maklum balas dan hubungi kami (ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada Twitter, Facebook dan lain-lain platfom atas talian), kami akan mengumpulkan maklumat yang telah anda berikan. Maklumat ini akan dikaji oleh pihak kami untuk memberikan sokongan pelanggan, mengenalpasti masalah teknikal dan menyelesaikan masalah.
Fail tertentu mengenai anda akan disimpan mengenai sebarang maklum balas kepada kami, seperti e-mel atau surat, atau jika pengguna lain atau pihak ketiga menghantar maklum balas mengenai aktiviti atau hantaran anda pada laman web.
Aktiviti membeli, menjual dan tabiat anda ketika melayari Laman Web adalah secara automatik dijejak bagi tujuan kajian kami terhadap demografi pengguna kami, minat, dan kelakuan bagi memahami dengan lebih baik, melindungi dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda dan komuniti atas talian kami. Ini juga mungkin termasuk laman yang anda baru layari, laman yang anda akan layari, maklumat pelayar komputer anda, dan alamat IP anda.
Sebagai sebuah syarikat global, DXN mempunyai rakan-rakan dari pelbagai bidang. Setiap dari mereka ini mengumpul, memproses and menentukan bagaimana untuk memproses maklumat peribadi anda bagi membantu memberikan perkhidmatan yang anda minta.
Kami mungkin akan menggunakan kuki atau teknologi yang serupa untuk mengumpul maklumat mengenai penggunaan laman web apabila anda mengakses, melihat dan menggunakan Laman Web. Kuki adalah fail maklumat yang diletakkan pada sebuah komputer atau peranti mudah alih apabila ianya digunakan untuk melayari laman web.
Kuki dan Teknologi yang Serupa
Kami menggunakan kuki dan maklumat yang serupa untuk memberi, menjaga dan memperbaiki produk dan perkhidmatan kami, seperti kandungan peribadi, menawar dan mengukur iklan, memahami tabiat pengguna, dan memberikan pengalaman yang lebih selamat.
Anda boleh membuang atau menolak kuki menggunakan pengesetan pada pelayar atau peranti anda, tetapi dalam kes tertentu, melakukan sedemikian akan memberi kesan kepada keupayaan anda untuk menggunakan produk dan perkhidmatan kami.
Sila baca Pernyataan Kuki kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menggunakan kuki dan pilihan yang anda ada.
Pernyataan Kuki
APA ITU KUKI?
Kuki adalah fail kecil yang disimpan dalam pemacu keras peranti atau komputer anda apabila anda melawat sesebuah laman web.
APA YANG KUKI LAKUKAN?
Kuki dapat melakukan pelbagai tugas, seperti membenarkan anda memandu arah di antara halaman dengan efisien dan menambah baik pengalaman anda apabila melayari sesebuah laman web. Seperti contoh, ianya boleh mengingat kecenderungan anda.
Kuki adalah fail dengan teks yang kecil. Ianya tidak boleh membaca sebarang maklumat peribadi yang terdapat pada peranti atau komputer anda. Kuki tidak menyebabkan sebarang virus atau memasang apa-apa yang merbahaya pada peranti atau komputer anda.
ADAKAH KUKI DIGUNAKAN UNTUK MENJEJAK?
Ya, kami menggunakan kuki untuk menjejak bilangan pelawat yang melawat ke Laman Web dan juga ruangan pada Laman Web yang dilihat oleh pengguna. Ini memberikan kami kefahaman mengenai bagaimana pengguna menggunakan Laman Web kami dan membantu kami dalam meningkatkan kebolehgunaannya.
APA JENIS KUKI YANG DIGUNAKAN?
Kami menggunakan beberapa jenis kuki; kuki sesi, kuki kekal dan kuki pihak ketiga. Kuki-kuki ini tidak mengumpulkan maklumat peribadi.
Kuki Sesi: Kuki ini mengenalpasti pengguna tersebut berpindah dari satu halaman ke satu halaman yang lain dan tamat apabila pengguna tidak lagi melawat ke halaman tersebut. Ianya dipadamkan apabila pelayar ditutup.
Kuki Kekal: Kuki ini membantu kami untuk mengingat pengesetan anda apabila anda melawati semula Laman Web kami dan dengan itu, kuki ini akan terus kekal pada komputer anda walaupun selepas anda telah melawati laman web kami.
Kuki Pihak Ketiga: Kuki kepunyaan pemilik seperti rakan pengiklanan dan juga boleh diset kepada kandungan luaran dari pihak ketiga laman web dalam Laman Web kami.
PATUTKAN SAYA MEMBIARKAN KUKI SAYA DIBUKA?
Kami menyarankan kepada anda untuk 'membuka' kuki selepas anda melawati Laman Web supaya anda mendapat pengalaman yang terbaik. Walaubagaimanapun, jika anda ingin menutup kuki, anda boleh melakukannya dengan mengedit pengesetan pada pelayar anda.
Tutup kuki pada Internet Explorer
>> Click here (http://windows.microsoft.com/en-US/windows7/Block-enable-or-allow-cookies)
Tutup kuki pada Chrome
>> Tekan sini (https://support.google.com/chrome/answer/95647?hl=en)
Tutup kuki pada Safari
>> Tekan sini (https://support.apple.com/kb/ph11913?locale=en_US)
Tutup kuki pada FireFox
>> Tekan sini (https://support.mozilla.org/en-US/kb/enable-and-disable-cookies-website-preferences?redirectlocale=en-US&redirectslug=Enabling+and+disabling+cookies)
Tutup kuki pada Safari IOS
>> Tekan sini (https://support.apple.com/en-gb/HT201265)
Tutup kuki pada Google Android
>> Tekan sini (https://support.google.com/chrome/answer/2392971?hl=en&ref_topic=3422740)
Dengan menggunakan Laman Web ini, anda dengan ini telah memberi kebenaran untuk menerima penggunaan kuki.
Maklumat Lain Yang Dikumpul Dari Anda
Polisi Privasi ini bukan sahaja terpakai untuk kegunaan dan pendedahan maklumat yang dikumpul oleh DXN dari anda. Pada Laman Web kami, kami telah meletakkan pautan ke laman web yang lain yang diuruskan oleh pihak ketiga. Sesetengah laman web ini mungkin mengandungi nama jenama dan tanda perniagaan dan lain-lain harta intelek yang dimiliki oleh kami; dan bukannya pihak lain. Apabila anda klik pada pautan dan melayari laman web tersebut, anda perlu ingat bahawa kami tidak mengawal laman web tersebut serta amalan perniagaan yang diamalkan oleh laman web tersebut, dan Polisi Privasi ini tidak boleh diguna pakai pada laman web tersebut.
Sebagai kesannya, pengendali laman web ini mungkin boleh mengumpulkan pelbagai jenis maklumat dari anda, dan boleh mengguna dan mendedahkan maklumat tersebut dalam pelbagai cara yang boleh jika ianya dikumpulkan pada Laman Web kami. Konsep ini juga digunakan terhadap pendedahan maklumat anda kepada pihak lain. Kami menggalakkan anda untuk menyemak polisi privasi dan mengingatkan anda bahawa kami tidak akan bertanggungjawab ke atas tindakan dan/atau ketinggalan.
Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda
Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk membantu kami menguruskan Laman Web dengan efisien, untuk menghubungi anda dengan perkara yang berkaitan dengan transaksi dan lain-lain aktiviti yang dijalankan pada Laman Web, untuk menyelesaikan masalah, untuk mengumpulkan maklumat demografi, untuk menganalisis maklumat bagi menambahbaik pengalaman anda, untuk menguatkuasakan Syarat dan Peraturan Keahlian DXN, untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna, melindungi dari aktiviti penipuan dan jenayah, dan memaklumkan anda mengenai tawaran, kemas kini atau perkhidmatan yang mungkin menarik minat pengguna. Komunikasi sebegini dikenali sebagai “Komunikasi Pengendalian”. Dalam kes-kes tertentu, Komunikasi Pengendalian juga mungkin mengandungi pesanan komersial, seperti iklan pada kain rentang dan tawaran istimewa. Adalah menjadi polisi kami untuk tidak menjual serta menyewakan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk sebarang tujuan tanpa persetujuan anda. Kami walau bagaimanapun boleh mengumpulkan maklumat demografi peribadi anda yang boleh didedahkan dengan cara yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi oleh anda untuk tujuan analisis pasaran. Ini tidak termasuk nama, nombor akaun anda, alamat e-mel serta kata laluan.
Kami juga menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar kepada anda surat berita, maklumat, tawaran yang berharga kepada anda (seperti potongan harga untuk Pengedar atau tawaran eksklusif) dan lain-lain bahan promosi dari DXN atau barang atau perkhidmatan dari pihak ketiga. Laman Web memberikan anda pilihan untuk menolak dari menerima komunikasi dari Laman Web (selain dari yang terdapat dalam Komunikasi Pengendalian). Sesetengah dari pilihan ini hanya terdapat untuk kategori komunikasi yang tertentu manakala yang lain mungkin lebih umum. Jika anda memilih untuk berhenti dari menerima komunikasi tertentu, anda mempunyai pilihan untuk berbuat demikian dengan menukar kecenderungan pengguna.
Untuk mengendalikan Laman Web, termasuk memproses transaksi dan menyokong aktiviti anda, ianya mungkin perlu kepada kami untuk berkongsi maklumat peribadi anda dengan wakil dari pihak ketiga, kontraktor dan pengendali perkhidmatan supaya mereka boleh menyediakan kepada kami perkhidmatan sokongan seperti pengesahan transaksi kad kredit, pembilan, program berkaitan, pengasalan e-mel, resit atau perkhidmatan sokongan, perkhidmatan pengurusan pelanggan, perkhidmatan penghantaran, pesanan dan promosi. Kami memerlukan pihak ketiga untuk mematuhi perjanjian kerahsiaan yang melarang penggunaan maklumat anda untuk tujuan selain dari yang telah dimaklumkan secara khusus tanpa kebenaran.
Dengan membeli, mendaftar atau membuat tempahan untuk produk atau perkhidmatan yang ditawarkan di Laman Web, atau memilih untuk menerima perhubungan, atau memilih untuk menyertai pertandingan atau lain-lain program yang ditawarkan atau ditaja oleh pihak ketiga pada Laman Web, anda telah memberikan beberapa maklumat peribadi anda secara khusus kepada pihak ketiga tersebut. Pihak ketiga mungkin menggunakan maklumat peribadi anda yang bertepatan dengan polisi privasi mereka sendiri. Anda perlu menghubungi pihak ketiga tersebut untuk memberi arahan kepada mereka mengenai pilihan anda dalam soal penggunaan maklumat peribadi anda oleh mereka. Adalah dinasihatkan kepada anda untuk menilai amalan privasi pihak ketiga tersebut sebelum menggunakan perkhidmatan mereka. Sebagai tambahan, anda bersetuju jika kami guna dan dedahkan maklumat yang telah dihantarkan oleh anda kepada pihak ketiga dengan cara yang sama yang boleh kami guna dan dedahkan sebarang maklumat yang telah anda hantarkan kepada kami.
Sebagai sambungan kepada perkara di atas, mana-mana pihak ketiga yang telah dibenarkan oleh anda untuk kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan mereka menurut persetujuan berkontrak dengan pihak ketiga dan menurut polisi privasi mereka sendiri, yang mana kami tiada sebarang kawalan, dan anda telah bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan dan/atau ketinggalan. Mereka yang menghubungi anda perlu diberi arahan secara terus oleh anda berkenaan pilihan anda untuk penggunaan maklumat peribadi anda oleh mereka.
Kami tidak dapat memastikan bahawa mana-mana maklumat peribadi anda atau komunikasi persendirian tidak akan didedahkan dalam cara yang tidak dinyatakan dalam Polisi Privasi ini. Kami mungkin perlu mendedahkan maklumat peribadi kepada kerajaan atau pihak ketiga atas sebab yang dinyatakan dibawah, penghantaran atau komunikasi persendirian mungkin dengan menyalahi undang-undang seperti dipintas atau diakses oleh pihak ketiga, atau pengguna lain boleh mencabul atau menyalah guna maklumat peribadi anda yang telah mereka kumpulkan dalam Laman Web. Oleh itu, walaupun kami telah menggunakan amalan standard tinggi industri untuk melindungi privasi anda, kami tidak berjanji, anda tidak boleh menjangka, bahawa maklumat peribadi anda atau komunikasi persendirian anda akan sentiasa tidak terdedah.
Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Kewangan Anda
Kami menggunakan maklumat kewangan anda untuk memeriksa kelayakan, mengenal pasti identiti dan kredibiliti anda, untuk mengusulkan bil kepada anda ke atas produk dan perkhidmatan, dan untuk membolehkan anda mengambil bahagian dalam potongan harga, rebat, dan program yang serupa yang boleh anda pilih untuk sertai. Dengan membuat pembelian atau melibatkan diri dengan lain-lain aktiviti atau transaksi yang menggunakan maklumat kewangan pada Laman Web, anda dengan ini telah bersetuju untuk memberikan persetujuan untuk memberikan maklumat kewangan anda kepada penyedia perkhidmatan dalaman kami ketika kami mengenalpasti keperluan untuk menyokong dan memproses aktiviti dan transaksi anda, termasuk juga pengeluar kad debit dan kad kredit anda untuk kegunaan mereka. Pihak ketiga mungkin terdiri daripada syarikat dan bank pengeluar kad debit atau kad kredit yang memproses dan menyokong transaksi atau aktiviti. Dengan membeli, mendaftar atau membuat tempahan untuk produk atau perkhidmatan pihak ketiga yang ditawarkan di Laman Web, atau dengan menyertai program yang ditawarkan pada Laman Web yang dikelola oleh pihak ketiga yang memerlukan anda untuk menghantarkan maklumat kewangan untuk menggunakannya, anda juga telah memberikan kebenaran untuk memberikan maklumat kewangan kepada pihak ketiga.
Kes Istimewa dimana kami berkongsi Maklumat Peribadi dan Kewangan
Kami boleh mendedahkan maklumat peribadi atau maklumat kewangan apabila kami menentukan bahawa pendedahan tersebut adalah diperlukan untuk mematuhi undang-undang yang terpakai, untuk bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang atau untuk menjaga kepentingan atau keselamatan DXN, pengedar-pengedarnya, atau pelawat yang melawat ke Laman Web. Apabila maklumat peribadi dan maklumat kewangan didedahkan di bawah perenggan ini, kami juga mungkin akan mendedahkan meklumat demografi anda bersama-samanya, dengan dasar bukan anonim.
DXN akan bekerjasama dengan pertanyaan yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang, serta kepentingan melaksanakan undang-undang, mencegah aktiviti jenayah, melindungi hak (termasuk harta intelek), dan melindungi anda dan komuniti DXN dari tindakan yang merbahaya dan berunsurkan jenayah. Oleh itu, jika kami menerima permohonan dari pihak kerajaan atau lain-lain agensi penguatkuasaan undang-undang berkenaan tuduhan mengenai aktiviti haram atau siasatan, anda dengan ini telah membenarkan kami untuk mendedahkan maklumat peribadi atau sejarah tanpa sepina. Dalam usaha menghormati privasi anda, walau bagaimanapun, kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada mana-mana penguatkuasa undang-undang atau pegawai kerajaan tanpa sepina, perintah mahkamah atau sebahagian besar prosedur undang-undang, kecuali kami percaya bahawa maklumat tersebut adalah diperlukan untuk mencegah perkara merbahaya atau kerugian dari segi kewangan, atau untuk melaporkan aktiviti yang disyaki haram. Anda juga telah membenarkan kami untuk mendedahkan maklumat peribadi dan maklumat akaun anda di bawah terma dan syarat Polisi Privasi ini, memandangkan kami mempunyai kepercayaan berdasarkan budi bicara kami, yang perlu atau sesuai berhubung dengan siasatan mengenai penipuan, pencerobohan harta intelek, cetak rompak, atau lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Langkah Keselamatan Kami
Kesemua maklumat pengguna Laman Web kami disimpan dalam server yang selamat di Amerika Syarikat, Malaysia dan Indonesia yang dikawal oleh undang-undang yang berkenaan dengan negara terbabit. DXN mempunyai langkah keselamatan untuk mencegah dari sebarang kerugian, penyalahgunaan dan pemindaan ke atas maklumat yang berada di bawah seliaan kami, yang telah dipindahkan ke laman web DXN. Perisian pelayan selamat (SSL) kami berada di antara standard yang tertinggi dan di antara perisian yang terbaik yang terdapat pada hari ini untuk transaksi perdagangan yang selamat. Kami telah mengubah semua maklumat peribadi dan maklumat kewangan anda dalam bentuk kod ketika ianya berada di Internet dan kami menyimpannya dalam server kami dalam bentuk kod.
Bagaimana anda boleh menggunakan Maklumat Orang Lain (Untuk Pengedar bebas sahaja)
DXN telah memberikan akses yang terhad kepada Pengedar bebasnya untuk mengakses e-mel Pengedar yang lain, kod keahlian, dan maklumat penghantaran, untuk membenarkan interaksi di antara semua dengan komuniti DXN. Dengan penerimaan kepada Polisi Privasi ini, anda telah bersetuju bahawa anda mempunyai akses yang terhad kepada maklumat peribadi Pengedar yang lain yang telah diperolehi dari Laman Web, melalui perhubungan yang berkenaan, atau mana-mana transaksi yang dipermudahkan DXN, yang akan digunakan yang berhubung dengan perkhidmatan yang ditawarkan melalui DXN dan perhubungan yang merupakan mesej komersial yang tidak diminta, atau ke atas sebarang tujuan yang seseorang Pengedar bersetuju kepadanya. Pengedar tersebut mesti mempunyai peluang untuk meminta anda memadamkan sebarang maklumat yang telah dikumpulkan mengenai mereka. Sebagai tambahan, di bawah sebarang keadaan, anda tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai Pengedar lain ke mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran dari kami dan kebenaran dari Pengedar tersebut. Anda telah bersetuju bahawa Pengedar boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk berhubung dengan anda berkenaan perkara yang berkaitan dengan DXN. Sila ambil perhatian bahawa anggota penguatkuasa undang-undang, dan lain-lain pemegang hak telah diberikan hak yang berbeza kepada maklumat yang dapat mereka akses.
DXN dan penyedia perkhidmatannya tidak bertoleransi dengan “spam”. Oleh itu, anda TIDAK mempunyai sebarang hak untuk memberi kebenaran untuk menambah sebarang rujukan kepada “DXN” atau “DXN Marketing” atau untuk memberi gambaran bahawa sebarang mesej elektronik yang digunakan anda untuk berkomunikasi dengan pihak ketiga mempunyai kaitan dengan Syarikat. Tanpa mengira dengan siapa anda berkomunikasi – sama ada pembeli, Pengedar lain, atau Syarikat sendiri – DAN, tanpa mengira dari mana mesej tersebut berasal – Pengedar lain, organisasi perniagaan anda, atau dari Syarikat sendiri – TIADA SBEARANG E-MEL YANG DIHANTAR OLEH anda atau organisasi anda boleh menyertakan sebarang rujukan, atau gambaran mengenai kebenaran yang telah diperolehi dari Syarikat.
Syarikat TIDAK BERTOLERANSI ke atas perlakuan yang menyalahi Polisi di atas. Sila ambil maklum bahawa DXN mempunyai hak pada bila-bila masa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pengguna atau Pengedar yang telah mencabuli terma dan syarat Polisi Privacy ini.
Kanak-kanak
Kami tidak mengetahui mengumpul, mengguna atau mendedahkan maklumat dari mereka yang di bawah umur. Sila ambil perhatian bahawa umur dewasa seseorang individu mungkin berbeza di setiap negara dan tidak semestinya merujuk kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka yang di bawah umur diklasifikasikan sebagai kanak-kanak dan tidak layak untuk menggunakan perkhidmatan kami, dan kami memohon kepada mereka yang berada di bawah umur, untuk tidak menghantar sebarang maklumat peribadi, maklumat privasi dan maklumat kewangan kepada kami.
Jika didapati bahawa kami telah mengumpulkan maklumat peribadi dari mereka yang berada di bawah umur, kami akan mengambil langkah untuk memadamkan maklumat tersebut dengan segera. Sila e-mel ke alamat e-mel berikut eworld_support@dxngroup.com jika anda menyedari bahawa kanak-kanak di bawah umur telah memberikan maklumat peribadi mereka kepada kami.
Hak Anda
Kami mengambil langkah yang berkenaan untuk memastikan maklumat anda adalah tepat, lengkap dan terkini.
Anda mempunyai hak di bawah undang-undang yang diguna pakai untuk mengakses, membetulkan, atau memadam maklumat peribadi yang telah kami kumpulkan. Anda juga berhak untuk membantah atau menghalang, pada bila-bila masa, untuk memproses maklumat peribadi anda dengan lebih lagi. Anda juga mempunyai hak untuk menerima maklumat peribadi anda dalam format yang berstruktur dan standard. Anda boleh melaporkan kepada pihak berkuasa perlindungan maklumat kompeten mengenai pemprosesan maklumat peribadi anda.
Bagi menjaga privasi dan keselamatan maklumat peribadi anda, kami mungkin meminta maklumat dari anda untuk membolehkan kami mengesahkan identiti anda dan hak untuk mengakses maklumat yang berkenaan, dan juga untuk mencari dan memberikan anda maklumat peribadi yang telah kami senggara. Terdapat keadaan apabila undang-undang yang diguna pakai atau keperluan pengawalan yang membenar atau memerlukan kami untuk tidak memberikan atau memadamkan beberapa atau kesemua maklumat peribadi yang kami senggara.
Anda boleh menghantarkan e-mel ke eworld_support@dxngroup.com mempraktiskan hak anda. Kami akan memberi maklum balas kepada anda dalam suatu tempoh masa yang munasabah, yang mungkin mengambil masa selama 30 hari dari tempoh e-mel anda diterima. Jika permintaan anda rumit, ianya mungkin memerlukan sedikit masa untuk kami memberi jawapan kepada anda tetapi kami akan berusaha menjawabnya dalam masa 60 hari dari permintaan anda. Tiada sebarang caj yang dikenakan ke atas permintaan anda, tetapi kami mungkin akan meminta anda untuk membayar yuran pentadbiran yang berpatutan jika sebagai contoh, anda telah meminta kami untuk memberikan sejumlah maklumat atau sesuatu yang serupa dengannya. Kami juga mungkin meminta anda untuk mengenal pasti identiti anda sebelum kami memberikan sebarang maklumat kepada anda. Anda boleh mengubahsuai atau memperbaharui maklumat peribadi, kewangan, atau demografi yang telah diberikan kepada kami dengan cara mengubahsuai secara manual ke dalam bahagian pada Laman Web, maklumat yang telah anda berikan tersebut.
Perubahan atau pemadaman ini tidak akan mengubah atau memadam e-mel atau maklumat yang kami telah majukan kepada pengguna lain atau kepada syarikat kredit kad atau mana-mana pihak ketiga, seperti yang dinyatakan pada Polisi Privasi ini.
Dalam permohonan anda untuk menyahaktifkan akaun anda, kami akan memproses permintaan anda dengan menghapuskan maklumat perhubungan, maklumat pembilan, maklumat penghantaran, dan maklumat kewangan daripada pangkalan maklumat aktif kami. Untuk melakukan permintaan ini, sila hantarkan e-mel anda ke eworld_support@dxngroup.com. Ianya mungkin diperlukan untuk sebahagian dari maklumat peribadi anda yang telah anda minta untuk dihapuskan akan dikekalkan oleh DXN untuk tujuan pengumpulan yuran tertunggak, mengenal pasti masalah, membantu sebarang penyiasatan yang sah, menyelesaikan masalah, mencegah dari berlakunya kegiatan jenayah, atau menguatkuasakan terma dan syarat kami bagi Polisi Privasi ini. Oleh itu, anda tidak boleh menjangkakan bahawa segala maklumat anda akan dihapuskan dengan sama sekali dari fail atau pangkalan maklumat kami sebagi respon kepada permintaan anda. Walau bagaimanapun, maklumat peribadi tersebut akan boleh diakses oleh kakitangan DXN yang terpilih dan tidak lagi boleh digunakan oleh pengguna lain atau orang awam.
Berapa Lama Kami Menyimpan Maklumat Anda
Kami menyimpan maklumat anda selama mana yang kami diperlukan. Berapa lama kami memerlukan maklumat bergantung untuk tujuan apa ianya digunakan, sama ada untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda, atau untuk tujuan yang sah (seperti yang dinyatakan di atas) atau supaya kami boleh mematuhi undang-undang.
Kami akan sentiasa menyemak maklumat yang kami perolehi dan apabila tiada lagi keperluan yang berkaitan dengan undang-undang atau perniagaan yang memerlukan kami untuk menyimpan maklumat tersebut, kami akan sama ada memadamkan maklumat tersebut atau dalam kes-kes lain, akan merahsiakannya.
Bagaimana untuk Menguruskan Pesanan Pemasaran yang Anda Terima
Kami mungkin akan menghantar kepada anda perhubungan mengenai pemasaran kepada anda melalui e-mel jika anda mahu menerimanya atau jika anda telah membuat transaksi dengan pihak kami dan tidak memaklumkan kepada kami bahawa anda tidak lagi mahu menerima e-mel mengenai pemasaran tersebut. Anda boleh mengemaskini pilihan anda pada bila-bila masa. Anda juga boleh memilih untuk tidak menerima e-mel tersebut dengan klik pada link untuk tidak melanggan yang terdapat pada semua e-mel pemasaran kami.
Perhubungan pemasaran kami termasuklah maklumat mengenai produk baharu dan produk sedia ada dan/atau perkhidmatan, tawaran istimewa yang kami rasakan mungkin disukai anda dan lain-lain produk atau program yang kami rasakan mungkin berguna kepada anda.
Sila ambil perhatian bahawa jika anda telah memaklumkan kepada kami untuk tidak menerima e-mel berkaitan pemasaran, anda masih akan menerima e-mel perkhidmatan yang perlu sebagai contoh untuk mengesahkan pembelian atau memaklumkan kepada anda mengenai status pesanan anda. Ini adalah supaya kami boleh menjalankan perjanjian di antara kami dan anda.
Sila ambil perhatian jika anda telah memaklumkan kepada kami untuk berhenti menghantar e-mel pemasaran, kami akan membuat catatan kepada maklumat peribadi anda dan pesanan anda supaya kami boleh memastikan bahawa anda dikecualikan dari e-mel yang berkenaan apabila ianya dihantar keluar.
Perubahan Kepada Polisi Privasi Ini
Kami mungkin mengubah Polisi Privasi ini dari masa ke masa dan tanpa sebarang notis, sejajar dengan amalan industri dan keperluan peraturan. Penggunaan berterusan anda terhadap Laman Web kami dan perkhidmatan selepas Polisi Privasi ini disemak, ini bermakna anda menerima Polisi Privasi yang telah disemak. Jika anda tidak bersetuju dengan semakan pada Polisi Privasi, jangan gunakan laman web atau perkhidmatan kami dan hubungi kami untuk menutup sebarang akaun yang telah anda cipta.
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Polisi Privasi ini, amalan Laman Web, atau urusan anda dengan Laman Web, sila hubungi kami di eworld_support@dxngroup.com
** Jika terdapat sebarang konflik dalam pentafsiran Terma dan Syarat ini dan apa-apa terjemahan dalam sebarang bahasa, Terma dan Syarat dalam versi Bahasa Inggeris akan digunakan.
DXN Marketing Sdn.Bhd
eworld_support@dxngroup.com