Laman Rasmi DXN | Satu Dunia Satu Pasaran

Hidup Sihat & Kaya
Kebebasan Kewangan & Masa

Segalanya mungkin dengan DXN. Jadi, sertai kami sekarang.

Mengapa DXN Pilihan yang Tepat?

DXN menawarkan peluang kepada semua untuk memulakan perniagaan yang berisiko rendah dan berkos rendah :

  • DXN menawarkan anda produk dengan harga yang rendah tetapi berkualiti tinggi; mengekalkan profil yang rendah dan menghasilkan pendapatan yang tinggi.
  • Organisasi Jualan Langsung pertama yang menggunakan konsep "Satu Dunia Satu Pasaran"; dengan satu keahlian, anda boleh menjalankan perniagaan anda di mana-mana negara dan menikmati bonus serata dunia.
  • Produk DXN dihasilkan sendiri; tanam, kilangkan, pasarkan, edarkan.
  • DXN berada di kedudukan ke-15 dalam senarai global oleh Direct Selling News (DSN) pada tahun 2018.
  • DXN mengguna pakai sistem pemasaran yang adil; apabila ahli di bawah anda (downline) dinaikkan pangkat, anda turut mendapat ganjaran.
  • Pengiktirafan dan penganugerahan dari serata dunia.
  • Sebuah organisasi yang mempunyai kumpulan pengurusan yang profesional.
  • Sebuah syarikat yang memastikan penjagaan kesihatan, kebebasan kewangan dan pencapaian peribadi yang membantu menambah baik kualiti kehidupan seseorang.
Perniagaan DXN Usahawan Pekerja
Tiada Risiko Tinggi Risiko Kurang Risiko
Kurang Usaha Tinggi Usaha Kurang Usaha
Tinggi Ganjaran Tinggi Ganjaran Kurang Ganjaran

Pelan Pemasaran DXN

Permulaan yang baik

Sebagai Agen Bintang dan Bintang Delima berkelayakan, anda akan menikmati:

  • Bonus Kumpulan Bintang sebanyak 25% hingga 35%
  • Bonus Kemajuan sebanyak 15%
  • Insentif Telefon Bimbit
  • Insentif Tunai Melancong ke Luar Negara
  • Insentif Seminar Pelancongan 1%
  • Penyelenggaraan Rendah
Pertengahan yang baik

Sebagai Bintang Berlian hingga Berlian Emas yang berkelayakan, anda akan menikmati:

  • Bonus Kumpulan Bintang sebanyak 37%
  • Bonus Kemajuan sebanyak 15%
  • Perkongsian Keuntungan sebanyak 2%
  • Insentif Seminar Pelancongan sebanyak 2%
  • Bonus Kepimpinan sebanyak 5% hingga 8.3%
Pengakhiran yang baik

Sebagai Berlian Mahkota hingga Duta Mahkota yang berkelayakan, anda akan menikmati:

  • Bonus Kumpulan Berkelayakan sebanyak 37%
  • Bonus Kemajuan sebanyak 15%
  • Perkongsian Keuntungan sebanyak 2%
  • Insentif Seminar Pelancongan sebanyak 2%
  • Bonus Kepimpinan sebanyak 8.5% hingga 15%
Pelan Pemasaran DXN

Pengiktirafan Status

Pengiktirafan Status Syarat-syarat
Pengedar Umur 18 tahun ke atas dan seorang penaja
Agen Bintang (SA) Mencapai PV Kumpulan Terkumpul 4,500PV
Bintang Delima (SR) Menaja 3 Agen Bintang (SA) generasi pertama
Bintang Berlian (SD) Menaja 6 Agen Bintang (SA) generasi pertama dan layak menikmati 37% Bonus Kumpulan Bintang
Bintang Berlian Eksekutif (ESD) Bintang Berlian yang menaja 1 Bintang Berlian
Bintang Berlian Kanan (SSD) Bintang Berlian yang menaja 2 Bintang Berlian
Bintang Berlian Kanan Eksekutif (ESSD) Bintang Berlian yang menaja 3 Bintang Berlian
Berlian Berganda (DD) Bintang Berlian yang menaja 4 Bintang Berlian
Berlian Berganda Eksekutif (EDD) Bintang Berlian yang menaja 5 Bintang Berlian
Berlian Berganda Tiga (TD) Bintang Berlian yang menaja 6 Bintang Berlian
Berlian Berganda Tiga Eksekutif (ETD) Bintang Berlian yang menaja 7 Bintang Berlian
Berlian Emas (GD) Bintang Berlian yang menaja 8 Bintang Berlian
Berlian Emas Eksekutif (EGD) Bintang Berlian yang menaja 9 Bintang Berlian
Berlian Mahkota (CD) Bintang Berlian yang menaja 10 Bintang Berlian
Berlian Mahkota Eksekutif (ECD) Bintang Berlian yang menaja 11 Bintang Berlian
Berlian Mahkota Kanan (SCD) Bintang Berlian yang menaja 12 Bintang Berlian
Berlian Mahkota Kanan Eksekutif (ESCD) Bintang Berlian yang menaja 13 Bintang Berlian
Berlian Mahkota Berganda (DCD) Bintang Berlian yang menaja 14 Bintang Berlian
Berlian Mahkota Berganda Eksekutif (EDCD) Bintang Berlian yang menaja 15 Bintang Berlian
Berlian Mahkota Berganda Tiga (TCD) Bintang Berlian yang menaja 16 Bintang Berlian
Berlian Mahkota Berganda Tiga Eksekutif (ETCD) Bintang Berlian yang menaja 17 Bintang Berlian
Berlian Mahkota Emas (GCD) Bintang Berlian yang menaja 18 Bintang Berlian
Berlian Mahkota Emas Eksekutif (EGCD) Bintang Berlian yang menaja 19 Bintang Berlian
Duta Mahkota (CA) Bintang Berlian yang menaja 20 Bintang Berlian

Peluang Melancong

Adakah melancong merupakan salah satu daripada impian anda? Anda mempunyai tempat-tempat yang ingin dilawati? Tempat bersejarah, tempat yang mempunyai seni bina yang hebat, pantai yang cantik?

Bersedialah untuk impian anda ditunaikan kerana dengan DXN, anda akan mendapat pelbagai ganjaran dan salah satu daripadanya adalah melancong ke luar negara. Jika anda berjaya mendapatkan mata kelayakan yang tertentu, DXN akan menaja sepenuhnya percutian anda.
* Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Berikut merupakan peluang pelancongan kami yang akan datang.

Jadi, sertai kami sebagai ahli untuk berpeluang menikmati peluang ini.

Klik sini untuk melihat tempat-tempat yang telah dilawati oleh ahli DXN dibawah Insentif Seminar Pelancongan (TSI).

Masa Indah. Penuh Tawa dan Riang. Inilah Dunia DXN.

Pelan Persaraan

Adakah anda risau setelah bersara, anda terpaksa bergantung dari segi kewangan dengan orang lain? Adakah anda risau anda masih perlu berkerja untuk menyara kehidupan?

Kehidupan selepas persaraan anda boleh berubah! Anda tidak perlu menjadi tua, tinggal di rumah kecil, dan menghabiskan masa dengan mengharapkan orang lain ataupun berada dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot. Anda mempunyai peluang untuk bersara muda, sihat dan kaya dengan sistem yang betul dan berkesan untuk menjamin masa depan anda.

Sertai ribuan orang yang telah bersara dengan sihat, kaya dan muda dengan sistem DXN. Pelan Pemasaran DXN yang unik membolehkan anda untuk guna, kongsi dan bina kehidupan selepas persaraan anda:

  • Satu sistem yang berkesan kepada anda dan keluarga dengan memanfaatkan masa, usaha dan wang: 1% usaha dari 100 orang berbanding dengan 100% usaha dari seorang individu sahaja.
  • Satu sumber pendapatan yang menjamin kebebasan masa dan kewangan: pendapatan anda tidak hanya bergantung kepada masa dan usaha. Ini berdasarkan :
    • Pembelian anda
    • Pembelian dari pelanggan anda
    • Keseluruhan jumlah jualan anda dijana oleh kumpulan anda
  • Bersara dengan pendapatan pasif.
  • Usaha yang telah anda lakukan telah diinsuranskan: kedudukan/status dan pendapatan anda boleh dipindahkan kepada waris.
  • Masa yang tidak terhad – DXN memberikan anda peluang untuk meningkatkan pendapatan anda selagi anda mahu. Mulakan kerjaya dari umur semuda 18 tahun dan terus berkerja selama mana yang anda inginkan :
    • tiada persaraan wajib
    • perniagaan yang berkembang

Tiada pelaburan, tiada risiko, lebih rehat, kesihatan lebih baik.

Daftar sekarang sebagai ahli DXN

DXN merupakan peluang perniagaan untuk sesiapa sahaja, di mana jua, bila-bila masa, separuh masa, sepenuh masa, sepanjang masa.

Untuk menyertai keluarga DXN dan memulakan perniagaan, anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli DXN (18 tahun ke atas, dengan seorang Penaja) dengan Yuran Pendaftaran Sekali sahaja dan minimum satu pembelian PERIBADI keatas mana-mana produk DXN setiap tahun.

Untuk mendaftar, anda mempunyai pilihan berikut :

Layari eWorld

DXN App (boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store)

Lawati cawangan atau stokis DXN yang berhampiran dengan anda.

Kelebihan Sebagai Ahli DXN

Setelah mendaftar sebagai seorang Ahli DXN, anda dapat menikmati pelbagai kelebihan :

  • Akses kepada bonus berkala, perkongsian keuntungan dan insentif.
  • Falsafah "Satu Dunia Satu Pasaran", melayakkan anda untuk menikmati bonus serata dunia dengan hanya satu keahlian.
  • Dengan lebih 16.4 juta ahli berdaftar, dan 79 cawangan di lebih 180 negara, anda mempunyai peluang untuk menjalankan perniagaan anda di pasaran antarabangsa dengan merekrut ahli dari seluruh dunia.
  • Beli Produk DXN dengan Harga Pengedar yang lebih murah dari Harga Runcit.
  • Peluang melancong ke seluruh dunia.
  • Akses kepada modul latihan sistematik yang percuma dan terdapat pada sepanjang masa.

Apa yang boleh saya lakukan untuk mengembangkan Perniagaan DXN saya?

Jika anda serius untuk mengembangkan perniagaan anda, meniti tangga kejayaan dengan DXN dan capai matlamat anda, ini adalah langkah-langkah yang boleh diambil :

  • Dapatkan Kit Permulaan. Ianya boleh dibeli melalui :
  • Beli Produk DXN dan kekalkan PV anda.
  • Taja ahli baru kerana pencapaian status adalah berdasarkan jumlah ahli bawah yang anda miliki.
  • Menghadiri seminar dan kem kepimpinan anjuran DXN untuk belajar dan bertukar ilmu pengetahuan dengan ahli-ahli DXN yang lain.
  • Selalu mempromosikan DXN kepada keluarga dan rakan anda.
  • Pastikan anda mempunyai ilmu yang meluas mengenai Produk, kelebihan Produk dan Pelan Pemasaran DXN.
  • Mengunakan Alat Bantuan Pemasaran DXN seperti gambar dan video dan sebagainya, bagi membantu mempromosikan perniagaan anda.
  • Menggunakan sepenuhnya sistem terkini oleh DXN seperti Alat Bantuan Pemasaran berasaskan Web dan Aplikasi Mudah Alih bagi kemudahan dalam perekrutan dan pembelian produk.
  • Mengawal selia jualan, perekrutan, pembelian dan status dengan alat bantuan DXN seperti DXN eWorld dan DXN App.
  • Mengunakan medium percuma di Internet seperti media sosial dan lain-lain untuk mempromosi dan mengembangkan perniagaan anda.
  • Mengkaji idea pemasaran seperti mewujudkan kiosk, mesyuarat berkala dan sebagainya untuk mempromosikan produk DXN dan perniagaan anda.
  • Membaca mengenai teknik-teknik pemasaran dan tips-tips dari buku, majalah dan laman web untuk menambah baik perniagaan anda.
  • Semangat kerja berpasukan adalah penting kerana apabila ahli bawahan anda dinaikkan pangkat, anda akan mendapat kenaikan pangkat juga.

Ianya dapat diringkaskan seperti berikut :

Sertai - Sertai DXN sebagai ahli
Guna - Guna produk
Kongsi - Kongsi manfaat – beritahu kepada yang lain, kenapa dan bagaimana anda gunakannya
Bina - Bina rangkaian anda selepas guna dan kongsi
  • Dengan pembelian barang penjagaan rumah, anda boleh mengekalkan keperluan minimum untuk mendapatkan bonus.
  • Bergabung dengan seorang individu setiap bulan, yang boleh membeli produk dengan keperluan minimum untuk mendapatkan bonus.
  • Ulang sistem ini pada setiap bulan.
  • Tiada batasan – dengan memberi fokus kepada seorang individu pada setiap bulan dan menggunakan produk kesihatan, anda boleh mendapatkan pendapatan yang mencukupi untuk merealisasikan impian anda, jadi bayangkan pertumbuhan dengan potensi dan usaha penuh anda.

Esok terlalu lambat. Semalam sudah berakhir.
Sekarang ialah masa yang sesuai untuk bermula.