Siri Makanan Kesihatan
 
Siri Makanan & Minuman
 
Siri Penjagaan Rumah
 
Siri Penjagaan Diri
 
Siri Penjagaan Kulit & Kosmetik
 
Siri Rawatan Sistem Air
 
 
 

DXN Global :: Produk Kami
Sistem Air Bertenaga Aquazeon DXN
Sistem Air Bertenaga Aquazeon DXN adalah sistem penurasan air 5 peringkat dan diperbuatkan daripada bahan-bahan terpilih serta bermutu tinggi. Ia dicipta khas untuk menyelesaikan kebanyakan masalah yang berkaitan dengan mutu air. Ia mampu menyingkirkan 99.99% bakteria dan virus bawaan air yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit daripada air minuman dengan berkesan. Dengan menggunakan Sistem Air Bertenaga Aquazeon DXN ini, rasa, bau dan kejernihan air dapat dipertingkatkan dengan ketara.





Sistem Air Bertenaga Aquazeon DXN


Peringkat 1 Seramik 'Doulton Sterasyl'
Ciri-ciri
  • Penuras seramik berukuran 0.9 mikron yang diperbuat daripada diatom seramik yang dimampatkan dan ditambah dengan perak.
  • Mempunyai struktur liang kompleks terkawal yang mempunyai sifat penurasan tidak selari.
  • Jangka hayat : 1 tahun
  • Fungsi
  • Menyingkirkan pepejal terampai, bahan kimia organik, hidrogen sulfida, sista dan bakteria patogen seperti Tifoid, Kolera, Bilharzia dan Ameba.
  • Perak merencat pertumbuhan bakteria
  • Peringkat 2 Karbon Aktif
    Ciri-ciri
  • Diperbuat daripada 100% Karbon yang diaktifkan tempurung kelapa yang mempunyai nombor Iodin yang tinggi (1050 mg/g).
  • Disahkan mematuhi segala keperluan dan ciri-ciri HALAL mengikut Undang-undang Islam seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
  • Jangka hayat : 2500 gelen air/ setahun
  • Fungsi
  • Bertindak sebagai bahan terbaik untuk mengurangkan dan menyingkirkan klorin, rasa, bau, racun serangga, detergen sintetik dan bahan-bahan organik daripada air.
  • Peringkat 3 Bio Seramik
    Ciri-ciri
  • Diperbuat daripada berbagai jenis seramik yang kemudiannya dicampurkan dengan mineral oksida. Campuran bahan-bahan ini akan mengeluarkan Sinar Inframerah Jauh (Far-Infrared Rays - FIR).
  • Jangka hayat : 3 tahun
  • Fungsi
  • FIR mengakibatkan resonans pada molekul air. Ia akan mengionkan dan mengaktifkan molekul air yang terkandung di dalam sel badan dan darah kita. Seterusnya melancarkan pengaliran darah dan memperbaiki keadaan kesihatan badan kita.
  • Gelombang magnet FIR akan mengurangkan saiz gugusan molekul air dan meningkatkan penyerapan air ke dalam sel badan agar dapat meningkatkan kapasiti oksigen dan tenaga.
  •   Batu Mineral
    Ciri-ciri
  • Batu mineral nadir semula jadi ini adalah sejenis porfiri granit. Komposisi utamanya adalah silikon hidrus dan aluminium dioksida. Ia mengandungi 59 unsur surih dan unsur nadir.
  • Jangka hayat : 3 tahun
  • Fungsi
  • Bercampur dengan air untuk menjana mineral yang diperlukan oleh badan, seperti Kalsium, zat besi, Silikon, Magnesium dan Aluminium. Pada masa yang sama, ia juga menyegarkan air dengan pacaran Sinar Infra merah Jauh (Far-Infrared Rays - FIR) agar menghasilkan 'air yang hidup'.
  • Batu ini juga mampu menyeimbangkan nilai pH melalui proses pertukaran ion bagi meneutralkan air yang berasid kepada alkali lembut
  •   Turmalina
    Ciri-ciri
  • Bahan mineral yang mengandungi sumber semula jadi ion negatif dan Sinar Infra merah Jauh (FIR).
  • Jangka hayat : 3 tahun
  • Fungsi
  • Tenaga inframerah jauh yang dikeluarkan secara semula jadi oleh turmalina mengakibatkan resonans di dalam badan pada frekuensi yang sama dengan air bagi meningkatkan penyerapan air di dalam badan.
  • Ia digunakan untuk menukar air secara semula jadi kepada air beralkali lembut, mengurangkan pergumpalan air, menambah kelazatan air, mengurangkan bau air dan meningkatkan Oksigen Larut Air (Dissolved Oxygen - DO).
  • Penyelidikan menunjukkan bahawa turmalina dapat mengaktifkan metabolisme haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
  • Air yang telah dirawat dengan turmalina akan bertindak sebagai pelembut kulit yang berkesan dan juga dapat memulihkan keseimbangan pH bendalir tubuh badan apabila ia disapukan pada badan.
  • Peringkat 4 Granul Karbon yang Diaktifkan
    Ciri-ciri
  • Diperbuat daripada 100% Karbon yang diaktifkan tempurung kelapa yang mempunyai nombor Iodin yang tinggi (1050 mg/g).
  • Disahkan mematuhi segala keperluan dan ciri-ciri HALAL mengikut Undang-undang Islam seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
  • Jangka hayat : 2 tahun
  • Fungsi
  • Memperbaiki rasa, bau, warna dan kejernihan air agar menepati piawaian yang ditetapkan.
  •   Bola Ionik
    Ciri-ciri
  • Bola ionik ini mengandungi oktadekil 3-(35-di-tert-butil-4-hidroksifenil) propionat, sejenis bahan antioksida yang kuat.
  • Jangka hayat : 2 tahun
  • Fungsi
  • Meningkatkan kuasa penurunan dengan menyingkirkan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit.
  • Mengurangkan nilai Potensi Penurunan Pengoksidaan (ORP) air.
  • Peringkat 5 Magnetizer
    Ciri-ciri
  • Bahan magnet diletakkan utara-ke-utara (8 kali lebih berkuasa daripada magnet biasa) untuk mendapatkan kuasa yang lebih.
  • Fungsi
  • Mengaktifkan air dengan memecahkan gugusan air kepada gugusan yang lebih kecil.
  • Menambahkan jumlah oksigen di dalam air.



























  •  
     Hak cipta © 2014, DXN Holdings Berhad (363120-V)